Friday, October 11, 2013

roti naik pahang tok mak


pagi ni kami breakfast roti naik. sangat puas hati dengan resepi dari tokmak ni. roti lembut dan gebu. lagi satu suka resepi ni sebab guna sepenuhnya tepung gandum. kat sini tak jumpa lagi tepung roti.

tokmak ni famous dengan rempah soto dan puding raja. rempah soto tokmak boleh guna untuk macam-macam masakan bukan setakat buat kuah soto saja.


resepi dari FB tokmak

Bahan-bahan
500g tepung gandum
3/4 cwn gula (mala kurangkan sikit, sukat tak penuh 3/4 cwn)
2 sb marjerin
1 sk shortening
2 sk yis
1 biji telur*
2 sb susu pekat manis*
1 sb susu tepung*
air - masukkan bahan* ke dalam jug penyukat dan masukkan air sehingga paras 300ml

Cara-cara BreadMaker
1. Masukkan bancuhan air ke dalam BM.
2. Masukkan mengikut susunan: tepung, gula, marjerin, shortening dan yis.
3. Pilih setting bread dough.  
4. Setelah doh siap. Keluarkan dari BM. Tumbuk-tumbuk untuk buang angin. Boleh isi inti dan bentukkan mengikut kehendak masing-masing. Susun atas loyang dan biarkan naik sekali lagi. 
5. Bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit mengikut oven masing-masing. Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan mentega dan sejukkan di atas redai.

16 comments:

  1. Bestlah mala. Kakak pun suka roti macam ini.
    Nak buatlah malam ini (kalau rajinlah)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin-rajinkan diri kakzakie buat roti :-)

      Delete
  2. timakasih mala kongsi repesi roti tu.nak cuba juga nnt

    ReplyDelete
  3. salam mala
    gebu nye roti...nak sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ady
      dah habis ady .. makan utk breakfast ni. kena buat sendiri la nmpknya ;-)

      Delete
  4. gebu gebas! geram nak geget! hehehe

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum mala.. salam kenal.. singgah sini sebab nampak roti sedap ni...
    cantek dan sangatttt la gebu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam nani,
      thanks singah sini ..

      Delete
  6. Replies
    1. guna BM knor ... kalau nak mengguli jenuh jugak hehehe

      Delete
  7. assalam mala
    rajinnya meroti, sedapp ni gebus elok
    akak lama x meroti, kena tunggu mood betul2 rajin

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam
      hehehe sebab geram tengok pic roti oran gyg gebu tu yg buat :-)

      Delete
  8. nampak gebu...sedap...kena cuba buat ni... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...