Thursday, October 3, 2013

telur hangit



hahaha sempoikan resepi ni. selalunya cuma letak sedikit kicap dan pukul kembang. yang ini ada letak sos sekali. actually warna sos dan kicap yang menampakkan macam telur ni hangit. tu sebab kot nama dia telur hangit.


boleh ajar anak-anak dara dan bujang. pelbagaikan menu telur goreng. penyelamat time-time lapaq dan tak dak lauk ataupun lauk habih  di rumah.

resepi dari sue_ginola


Bahan-bahan ( 1 orang )
1 biji telur ayam
1 sb sos cili
1 sb sos tomato
beberapa titik kicap masin/manis

sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Satukan semua bahan kecuali minyak dan pukul kembang.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng telur kacau tadi.
3. Goreng sehingga telur garing dan sedikit hangit. Angkat dan hidangkan.

Nota: Telur akan hangit diluar, tapi tidak di dalam.

17 comments:

  1. Bab tajuk mmg dah "mombastik" tp kalau nama telur goreng.. sure takda yg reject di rumah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kat sini pun .. janji telur, jalan!

      Delete
  2. Amboi....tak selera la nama eloq hangit...ltk la teloq hitam maneh ka...hitam itu menawan ka....kekekeke :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha saja boh nama mcm tu bagi orang tak lalu makan. tukang masak makan sorang dah la

      Delete
  3. Telur kalu masak macam mana pun tetap sedap bagi saya. Hehehe!
    Tapi ni first time dengar resepi telur hangit nih:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sama la 1st jugak dgr nama ni

      Delete
  4. kehangitan tu yg kasi sedap dimkn kan
    lain drpd rs telur biasa tu
    sedapnye!

    ReplyDelete
  5. mmg penyelamat sungguh telor ayam ni ye..knor punya selera plk..tumbuk sambal bel..jadi le

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul knor ... mala kalau beli telor satu papan terus. tahan la 2minggu kalau tak ada projek membaking :-)

      Delete
  6. Hangit tu yg best tu...klau kat umh ni...tlur goreng siap buat ratah lgi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul asyifa ... lagi hangit, lagi hitam, lagi garing, lagi sedap!

      Delete
  7. Hahaha.. ingatkan teloq hangit apa.. haha

    ReplyDelete
  8. Salam Mala. Can we PM kat FB. I lupa nama you di Fb. Thnx dear.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...