Thursday, April 25, 2013

singgang tumis ikan parang



beli ikan parang tapi tak tau nak masak macamana. macam best ja nampak orang dok pegang sekor-sekor ikan parang kat market. kita pun beli jugak. setelah chatting dengan cmelor beberapa resepi di cadangkan tapi kerana bahan mentah dak cukup terpaksa di lupakan. tanya jugak kat husband nak masak apa ikan parang ni. sekali dia email resepi matgebu ni nampak sedap. padahal dia tak suka lauk singgang. 

tak pa la kita masak jugak la lauk singgang ni. kita memang suka lauk macam ni. takut dia saja la yang tak boleh nak telan. tapi dah standby sambal belacan dan satu lagi lauk sambal tumis.

ini lauk hari selasa 23/4 ... masa tengah makan tiba-tiba husband cakap ni bukan ikan parang ni. barracuda kot! lantak la ... janji sedap

resepi dari cmg

Bahan-bahan
3 keratan ikan parang, cuci bersih*
3/4 st serbuk kunyit*
sedikit garam* (*digaul rata dan perap sekejap)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus setiap 1
1/2 kiub ikan bilis (optional)
1 st pes asam jawa
1/2 st serbuk kunyit
garam secukup rasa
air secukupnya
hirisan daun sup untuk hiasan - tak dak daun sup ganti daun ketumbar


Cara-cara
1. Ikan parang digoreng tapi jangan sampai garing, biar lembap2 saja. Angkat dan toskan. Malas nak goreng ... masak atas magic grill pan :-)
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Biar mendidih.
3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tambah kiub ikan bilis (jika guna). Bila mendidih, masukkan ikan dan belahan cili hijau. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum menghidang. Sedap dimakan panas..

10 comments:

  1. Salam cek,
    rase nya betul kata en.suami...kalau ikan parang badan nye pipeh sikit.badan tak bulat lagu tu...never mind there is always da first time barracuda masak singgang...sedap eh....
    Take care.
    Mami perai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam cik ann ..
      tu la ... mmg dok dengaq orang kata ikan parang byk tulangkan. bila dok makan awat tak dak tulang hehehe

      Delete
  2. Hahaha... memang bukan ikan parang tu Mala. Takpalah... janji sedap makan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. isi dia firm huda ... tak hancur. sedap jugak.

      Delete
  3. Ikan parang nipis isinye dan byk tulang,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. badan dia leper la kan? tu la payah orang tak kenal ikan ni. main beli ja. nmpk mcm best ikan rembat sekoq. hehehe

      Delete
  4. Assalam mala
    Pasal ikan akak lglah kurang mahir he hee ikan parang tak berapa kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam saranur ...
      ikan yang standard selalu mak masak kenal la.
      ikan parang mmg mak tak pernah masak tu la anak un tak kenal :-)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...