resepi dari haz amon
Bahan-bahan
Pastri
125g mentega
60g gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240g tepung gandum
esen vanila - tambah
Inti
250g cream cheese
50g gula aising
20g mentega (lembutkan)
1/2 b perahan lemon - tak letak
1 biji telur (gred B)
esen vanila - tambah
blueberry pie filling - mala guna wild blueberry jam. nak habiskan jem yang tak laku kat rumah ni
Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
2. Untuk membuat pastri : Pukul mentega dan gula aising sehingga berkrim. Masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh.
3. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau.
4. Bakar atas bawah pada suhu 170C untuk 20-25 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
5. Untuk membuat inti : Pukul cream cheese, mentega dan gula aising sehingga kembang. Masukkan telur dan perahan lemon dan pukul sebati.
6. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan sudukan sedikit jem. Paipkan adunan cream cheese ke dalam doh tart dan menutupi jem.
7. Corakkan (lihat bawah) permukaan cheese tart dan susun di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170C selama 7 minit atau sehingga permukaan inti nampak sedikit kering.
Corak : asingkan sedikit adunan cream cheese dan letak sedikit pewarna (ungu) dan sebati kan. masukkan ke dalam beg plastik dan gunting halus di hujung plastik. picitkan 3 dot atau keliling permukaan cheese tart. ambil sebatang pencungkil gigi bersih dan buat satu garisan secara bersambung di tengah-tengah dot. faham ke??
lawa corak bunga ni..kita pun tgh bako kulit tart ni..tp bukan utk diri sendiri :(
ReplyDeletetapi tak leh lawan la pakar2 kek & kuih mcm ck ;-)
Deletemy favourite ni kak, tapi tak pernah lagi buat sendiri.....
ReplyDeletebaru kali ke2 buat ni ..
DeleteYa Allah dahlah cantik menawan mata baca resepi filingnya kakak suka walau kat rumah mala dah tak laku ye... kalau kita berjiran alangkah bagusnya dapat kakak merasa:)
ReplyDeletebudak2 ni tak suka jem... mak dia ja yang suka. nak habihkan sebotol tu punya la lama kita sorang ja yg makan
DeleteWah Mala,
ReplyDeletejelita sungguh ;-)
hehehe tq ... segan ai :-)
DeleteWah Mala...sedapnye! Belum cuba dah rasa kesedapannye...yum yum!
ReplyDeletesedap hehehehe tapi tak boleh makan selalu. kat kl main order ja. kat sini kena la buat
Deleteas-salam
ReplyDeletewow!!!cantik!!!
wasalam
Deletehi ady! lama tak nmpk ..
kat rumah ni ada lagi stok cc tapi entah bila nak datang seru rajin...asyik bizi je manjang sampai naik lemau nak masak
ReplyDeletenak buat ni kena ada semangat jitu baru boleh buat hehehe
Deletesaya tak pernah buat sendiri..asyik order saja..
ReplyDeleteorang merantau kenalah usaha kan kalau nak makan, hee
betul anim. kat kl tak kuasa nak buat. order siap hantar depan pintu.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam mala
ReplyDeleterajinnya, hantar sini sikit he he
sedap dpt menikmati lemak2 cheese
wasalam saranur
Deletelemak2 tu yg tahan ... takut dia jadi tepu ;-)