suka mencuba resepi dari kakbesah. resepi kakbesah selalu senang-senang dan in sha Allah menjadi. mala cuma buat separuh adunan saja sebab pisang tak banyak. resepi kakbesah kek yang plain saja tapi mala dah belangkan kek ni dengan tambahan coklat emulco dan tabur hirisan badam. abah boleh bawa ke pengajian malam ni.
oman dah seminggu lebih hujan, angin pun kuat dan laut bergelora.
ini status update dari seorang kawan sekolah yang tinggal di dubai 2-3 hari lepas. dirham lebih kurang 1 to 1 dengan RM
king fish 90dhs/kg !!
udang 62dhs/kg !!
ni udang di bawa masuk dari saudi
stok ikan dah habih. weekend ni nak kena pi market. harap-harap harga tak sama macam kat atas ..
btw, selamat hari pekerja. kami kat sini tak cuti. so far berhijrah ke negara (brunei & oman) yang tak sambut hari pekerja.
hujung minggu ni kami cuti 3 hari. start kerja dan sekolah hari ahad. mulai mei ni hujung minggu di oman ialah pada hari jumaat dan sabtu. sebelum ni khamis & jumaat.
resepi dari kakbesah
Bahan-bahan
3 cwn tepung gandum (300g)
2 cwn pisang lecek/lenyek
1 1/4 cwn minyak masak (230g)
1 cwn gula pasir (200g)
4 biji telur
1 1/2 sb bicarbonate soda
secubit garam
coklat emulco - tambah
hirisan badam - tambah
Cara-cara
1. Lenyek pisang masak sehingga hancur. Ayak soda bicarbonate ke dalam pisang dan terus lenyek sehingga pisang berbuih.
2. Masukkan telur dan gula ke dalam pengisar dan kisar sehingga berbuih dan gula hancur.
3. Masukkan minyak dan kisar lagi selama 5 saat.
4. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi pisang yang telah di lenyek tadi dan gaul rata.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
6. Keluarkan sedikit adunan dan tambah coklat emulco. Gaul sebati.
7. Tuang adunan kek ke dalam acuan yang telah disapu minyak/majerin dan alas dengan kertas pembakar secara berselang-seli. Tabur hirisan badam.Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 40 minit.
8. Setelah kek masak sejukkan sebelum di potong.
wowww mengiurkan...mesti sedap nih..rajin betul membaking yer..
ReplyDeletetak ada la rajin mana. sayang pisang tu kalau tak buat apa2. mmg dah lebam. budak2 sure dah tak nak makan.
Deletedubai memang mahal skit seafood rasanya... kat sini pun dah naik skit harga, tapi tak lah semahal tuh:)
ReplyDeleteseafood kat oman murah tapi takut jugak harga melambung sbb dah almost hari2 hujan. dubai segala mahai .. jubah ja murah hehehe
Deletekami kat sini patut bersyukur dapat makan ikan dan udang dengan harga berpatutan...
ReplyDeletetentunya kalau harga begitu di Sp, alamat pekena ikan pekasam jelah...
kat dubai mmg mahal anim. kway toew goreng boleh RM30 sepinggan. ikan pekasam sedap!
Deletesalam Mala, amboi ber kek pisang nooo kak noor lama dah tak buat kek pisang, tak dan nak buat dok buat kerja lain ja, bak sepotong tergoda lah tengok belang2 tu heeee
ReplyDeletebelen pisang kaknoor. nak buang sayang, nak buat cekodok malas nak goreng, maka jadi lah kek
Deleteas-salam
ReplyDeletethe cake looks so yummy. ..
wasalam ady,
Deletevery soft tapi kena hati-hati dgn baking soda. kena gaul betul2 rata kalau tak ada rasa soda
Oh... kakak baru tahu mala di sana tak cuti ye...
ReplyDeleteTak kisahlah M'sia ni banyak ikut international bahkan banyak lain yg tak diikut...
Kakak tengok kek pisang yg best tu. Cantik pun juga:)
sini tak byk cuti kak. cuma ada cuti raya, maulud nabi, national day & sultan birthday
Deleteassalam Mala
ReplyDeleteinilah istimewanya duk Malaysia kan, byk cuti sampai pekerja pun ada hari istimewanya tp jd org perempuan ni cuma cuti kerja di tempat kerja tp di rumah tak ada istilah cuti kan
akak penah buat kek kak besah ni jg memang sedapp, kek pisang sentiasa digemari betul tak
wasalam ..
Deletemmg tak byk pulic holiday. itu sbb bila ada extra cuti sehari ke mesti cari peluang jalan ke mana2. kalau cuti raya pausa/haji mmg panjang dlm 10hari public holiday sultan bagi. cuma kebiasaan kat sini last minute baru sultan akan umum cuti panjang. bukan dah termaktub dalam kalendar.