siapa lagi nak makan onde-onde ni kalau bukan adam. kuih favourite adam ni. nasib baik request onde-onde. kuih gentel-gentel. kalau request kuih yang susah-susah jenuh la mama nak buat. teknik buat ni lain sikit ... bila dah masak tesktur tepung pulut ni lain sikit. tak terlekat kat tekak. boleh la cuba kalau rajin.
Bahan-bahan
250g tepung pulut
200ml air (+ sedikit pewarna) / jus pandan
150g gula melaka , cincang
100g kelapa parut putih sahaja - mala guna kelapa kering
secubit garam
Cara-cara
Sekiranya ingin membuat jus pandan. Kisar 10 helai daun pandan dengan 220ml air dan tapis.
1. Panaskan air secukupnya di dalam periuk untuk merebus onde-onde.
2. Di dalam satu mangkuk satukan tepung pulut dan air. Uli perlahan sehingga menjadi doh lembut. Ambil sedikit adunan (40g) dan masukkan ke dalam air mendidih. Apabila doh timbul keluarkan dan tos air. Masukkan semula bebola onde-onde yang masak tadi ke adunan doh dan uli hingga sebati dan doh licin. Tutup dan rehatkan doh selama 15 minit.
3. Satukan kelapa dan garam, gaul sebati. Kukus selama 2 - 3 minit dan sejukkan.
4. Setelah 15 minit didihkan air semula. Ambil sedikit adunan dan buat bebola lebih kurang 15g sebiji. Leperkan dan letakkan gula melaka di tengah dan tutup bebola rapat. Bulatkan semula. Masukkan ke dalam air mendidih. Apabila onde-onde timbul maknanya onde-onde telah masak. Angkat dan toskan air mengguna sudip yang berlubang.
5. Gaul dengan kelapa parut.
salam mala
ReplyDeletefavourite my daughter jugak kuih onde-onde ni mala...cantiknye onde2 ni warna biru..
wasalam ady,
Deleteboleh daughter ady kawan dgn adam hehehe
nampak senang nak buat...adda xpernah buat onde2 ni..tau sedap sangat bila makan..nanti nak cuba la..
ReplyDeletekuih paling senang ni adda
DeleteWah..blue colour gitu...
ReplyDeleteLen kali boleh uat colourful mala..heee
so far color yg pernah buat hijau, kuning, merah dan biru
DeleteBaru jer mlm td K.Sham mkn tapi warna hijau la.
ReplyDeleteKalau org N9 panggul ni "buah kelopong".
Cantik pulak Mala buat kaler biru.
oh .... ada nama lain lagi kuih ni ya kelopong. kaler hijau paling menambat hati
Deleteassalam Mala
ReplyDeletefeberet akak dan ank bujang sorang tu jg
baru smlm buat he hee
wasalam ... ni inspirasi dari sara la ni :-)
DeleteMala,
ReplyDeleteUdah biru mata hitam ku..hehee..
ondeh-ondeh new version..cayalah mala
kuih alien dari planet mars ni hehehe
Deleteonde-onde ku bruuuuuu
ReplyDeletejgn otak biru dah ... :-)
Delete