doh mala buat
guna cik BM yang baru di keluarkan dari kotak weekend lepas
setelah lebih dari setahun bertapa
guna cik BM yang baru di keluarkan dari kotak weekend lepas
setelah lebih dari setahun bertapa
inti huda buat ;-)
jauh inti ni mai oman dari qatar. terima kasih huda.
buah tangan dari huda masa husband pergi conference di doha.
buah tangan dari huda masa husband pergi conference di doha.
untuk inti boleh ikut resepi huda atau zeera di bawah. mala cuma buat doh. lembut pau ni. cantik gebus lak tu. happy!
resepi dari zeera
Bahan-bahan ( 15 biji )
Doh
500 gm tepung gandum - mala guna tepung halus
1 1/2 st yis
1/2 cwn gula pasir
1/4 cwn minyak jagung
1 1/4 cwn air suam
Inti
2 genggam kacang hitam / merah
6 sb gula pasir
sedikit minyak
daun pisang/kertas minyak/papercup utk alas pau
Cara-cara
Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. Sejukkan.
1. Larutkan gula dengan air suam.
2. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
4. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
5. Panaskan periuk kukus. Tudung pengukus di bungkus dengan kain, Kukus kuih pau selama 10 minit.
assalam Mala
ReplyDeletegebus cantik pau mala ni
sedappp
biasa wat inti kaya atau kelapa yg kacang merah blm lg
wasalam sara nur,
Deletegebus canitk mungkin sbb cik BM tlg uli dan jugak guna tepung halus :-)
Berjasa sungguh Cik BM tu.
ReplyDeletePenah jugak berhajat tp sah rasanya takkan diguna so cancel beli.
P/s;
K.Sham cukup suka pau inti kacang merah.
kaksham, BM beli guna guna kupon cosway dan topup duit sendiri. so, kalau bertapa lama2 pun tak pa. cik abang tak marah sbb bukanduit dia. hahaha
DeleteLaaa... awat hang cakap lemah sangat nak buat pau. Hang dah ada BM, campak aje boleh siap. Hish... nak jugak sebijik - pau & BM!
ReplyDeleteaku tak dak tmpt nak letak BM ni tu sbb tak guna. last weekend aku susun balik priuk nasi, microwave, miixer. dah rapat2 la semua mesin aku kat dapoq.
DeleteSalam Mala
ReplyDeletenampak gebus pau itu....sedap inti kacang merah...
wasalam mamasya. cik bm tlg uli :-)
Deleteinti pun sedap, tak manis sangat
sedapnyer..lama dah tak buat pau, bm tu dah dekat setengah tahun kena bungkus :(
ReplyDeleteoh ... sama jugak bm kena bungkus ;-)
Deletecantik....je menjadinya ye.....sedapnya...
ReplyDeletehehehe tq. happy giler bila tgk pau hahaha
Delete