Tuesday, May 28, 2013

pau mala inti huda

doh mala buat
guna cik BM yang baru di keluarkan dari kotak weekend lepas
setelah lebih dari setahun bertapa

inti huda buat ;-)
 jauh inti ni mai oman dari qatar. terima kasih huda.
buah tangan dari huda masa husband pergi conference di doha.


untuk inti boleh ikut resepi huda atau zeera di bawah. mala cuma buat doh. lembut pau ni. cantik gebus lak tu. happy!

resepi dari zeera

Bahan-bahan ( 15 biji )
Doh
500 gm tepung gandum - mala guna tepung halus
1 1/2 st yis
1/2 cwn gula pasir
1/4 cwn minyak jagung
1 1/4 cwn air suam

Inti
2 genggam kacang hitam / merah
6 sb gula pasir
sedikit minyak

daun pisang/kertas minyak/papercup utk alas pau

Cara-cara
Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. Sejukkan.
1. Larutkan gula dengan air suam.
2. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
4. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
5. Panaskan periuk kukus. Tudung pengukus di bungkus dengan kain, Kukus kuih pau selama 10 minit.

12 comments:

  1. assalam Mala
    gebus cantik pau mala ni
    sedappp
    biasa wat inti kaya atau kelapa yg kacang merah blm lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sara nur,
      gebus canitk mungkin sbb cik BM tlg uli dan jugak guna tepung halus :-)

      Delete
  2. Berjasa sungguh Cik BM tu.
    Penah jugak berhajat tp sah rasanya takkan diguna so cancel beli.

    P/s;
    K.Sham cukup suka pau inti kacang merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaksham, BM beli guna guna kupon cosway dan topup duit sendiri. so, kalau bertapa lama2 pun tak pa. cik abang tak marah sbb bukanduit dia. hahaha

      Delete
  3. Laaa... awat hang cakap lemah sangat nak buat pau. Hang dah ada BM, campak aje boleh siap. Hish... nak jugak sebijik - pau & BM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak dak tmpt nak letak BM ni tu sbb tak guna. last weekend aku susun balik priuk nasi, microwave, miixer. dah rapat2 la semua mesin aku kat dapoq.

      Delete
  4. Salam Mala
    nampak gebus pau itu....sedap inti kacang merah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam mamasya. cik bm tlg uli :-)

      inti pun sedap, tak manis sangat

      Delete
  5. sedapnyer..lama dah tak buat pau, bm tu dah dekat setengah tahun kena bungkus :(

    ReplyDelete
  6. cantik....je menjadinya ye.....sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tq. happy giler bila tgk pau hahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...