Wednesday, April 17, 2013

puding jagung




welcome summer! hari ni suhu di muscat 37C. suhu meningkat agak mendadak. sekolah pun dah keluarkan panduan berapa banyak air harus di minum budak-budak dengan cuaca panas ni. hari ni buat puding jagung. kakak request last week. sedap makan cuaca panas ni. puding ni tekstur lembut. 

sebelum tengok resepi ada sikit cerita di dari timur tengah .....

petang semalam (16/4) berlaku gempa bumi berskala ritcher 7.8 di iran berhampiran sempadan pakistan. rumah ni bergegar jugak. glass door pun bergegar.  gegaran turut di rasai di dubai dan abu dhabi. 

so sekarang baru tahu yang di oman juga boleh berkemungkinan berlaku gempa bumi setelah rujuk peta di bawah. dari website earthquake pula hari ni (setakat ini) ada 4 lagi gempa di iran. tanpa kita sedar punya la banyak gempa bumi setiap hari!




sukatan air dan gula bergantung kepada serbuk agar-agar. ikut arahan pada label.

Bahan-bahan
10 gm agar-agar serbuk
1L air masak/tapis
250g gula
1 tin susu cair
2 sb tepung jagung
2 sb tepung kastad
1 sk pewarna kuning
1 tin jagung manis/krim jagung

Cara-cara
1. Masukkan agar-agar serbuk, gula dan air ke dalam periuk dan masak sehingga semua bahan larut.
2. Apabila semua bahan larut, masukkan tepung jagung dan tepung kastad yang telah dibancuh dengan susu cair.
3. Masukkan krim jagung dan pewarna kuning.
4. Selalu di kacau sehingga agak pekat dan matikan api.
5. Tuang/sejukkan ke dalam loyang yang telah di basahkan dahulu.
6. Sejukkan di dalam peti ais.

18 comments:

  1. sini pun panas jgak weh . x tahan klu kluar gi ambik anak sekolah tengahari. Pekena puding tu best jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. mu kan ratu puding roti / pelangi... apa lagi buat la :-)

      Delete
  2. kat sini pun panas kak.
    saya bukak 2 kipas=)))

    sedapnyaaaaa...=0
    kalo sejuk makan lagiii sedap..=)

    ReplyDelete
  3. as-salam
    sedapnya puding jagung..kalau mkn sejuk2 ni lagi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ady ... lembut dan sejuk di tekak. tinggal sepotong je

      Delete
  4. rasa gegaran tu sampai oman...
    mesti berdebar mala kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuat jugak ... kalau gempa kat indon kita rasa mcm pening ja kan. ini mmg bergegar.

      Delete
  5. Mala,
    Terasa-rasa sejukkkkk je masuk dalam tekak K.Sham ni.

    Gegar yg baru ni K.Sham x rasa.. tapi yg sebelum ni mmg terasa. Rasa mcm kena "buai" jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tadi kat doha member update hujan. muscat baru sekli hujan setakat ni.

      tak ada 'buai' dah kaksham. sampai meja, pintu kaca pun bergetar , berbunyi hentak-hentak

      Delete
  6. assalam Mala
    sedapnya puding jagung
    akak biasa mkn yg kstd yg letak agr2 ni blm penah cuba
    bru2 ni buat tp agak lembik hu huu tak cantik nk posting
    blhlh cuba yg ni pula nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ...

      boleh la cuba ya nanti. kalau yang puding kastard jagung tu kena kacau sampai pekat betul baru tuang ke loyang. kalau tak mmg lembik

      Delete
  7. Cuaca panas ni. .. Memang sedap mkn puding jagung ni...

    ReplyDelete
  8. panas2 mcm sini,sedapnya pekena puding yg sejuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat ja habi puding ni. dah lama tak makan.

      Delete
  9. Termiss pulak entry hang yang ni. Kat sini pun ada rasa gegaran kat kawasan Corniche. Kawasan yang padat dgn bangunan pejabat. Siapa yg pejabat tingkat atas-atas tu mmg berdebor la dada masa turun tangga. Takut ya... penat pun ya...

    p/s Hang mmg dah lama tak keluarkan resepi puding...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh .... ada rasa jugak kat doha. office PDO kena evacuate. mmg kuat gegaran sbb rumah biasa pun bergegar bukan setakat bangunan tinggi.

      mmg aku dah lama tak buat puding pun huda. malas nak mampos ....

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...