Saturday, April 27, 2013

best moist chocolate cake


kek ni rasa biasa saja macam kek coklat lembab yang lain. cuma mungkin dari segi tekstur sebab guna buttermilk

cuaca di oman tak menentu sejak 3 hari lepas. hari ni sekolah tutup lagi. mendung-mendung macam ni kepala pun jadi berat. buat kek tapi tak lalu nak makan. 1/4 suruh abah bawak pi office. 1/2 ja bagi topping. kakak bawak pi sekolah sikit ada birthday kawan dia. tinggal 1/4 yang bertopping kat rumah.

ambik gambar pun ala kadar ja ... tak dak mood betul la bila kepala ni rasa semacam.

2 hari lepas kami terima berita gembira dari adik husband yang dah pregnant 7 minggu setelah 6 tahun kahwin. alhamdulillah


resepi dari bestmoistchocolatecake

Bahan-bahan (loyang  9" x 13")
2 cwn tepung gandum *
2 cwn gula kastor
3/4 cwn serbuk koko *
2 st soda bikarbonat *
1 st baking powder * (bahan * di ayak bersama )
2 biji telur saiz A
1 st garam halus
1 cwn buttermilk
1 cwn minyak jagung
1 1/2 st esen vanila
1 cwn air panas mendidih (untuk perisa kopi boleh larutkan 1/2 st serbuk nescafe)

Cara-cara

1. Panaskan oven pada 150° C (kaedah pembakaran secara perlahan)
2. Griskan bekas pyrex 9" x 13" dan tabur sedikit tepung.
3. Sediakan buttermilk : Isikan 1 cwn dengan 1 sb cuka atau jus lemon.
Tuangkan susu penuh krim sehingga penuh. Rehatkan selama  5 minit. Sedia untuk di gunakan.

4. Masukkan semua bahan KECUALI air panas ke dalam mangkuk pengadun.
5. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit dan masukkan air panas. Sambung putar sehingga semua bahan sebati dan licin (tidak bergentel)
6. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
7. Setelah 1 jam cucuk dengan lidi untuk periksa kek dah masak ke belum.
8. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum di hias/di potong.

17 comments:

  1. Sana sini tengok orang tayang kek coklat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb ramai yg tayang tu yg teringin nak makan

      Delete
  2. Assalamualaikum sdpnya lama x ber kek coklat..di Kl sejah duat tiga hari ni hujan lbt siam ngan agin kilat guruh lg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ... sini hujan cuma sethun 2 kali mcm tu bila nak tukar cuaca dari sejuk ke panas dan panas ke sejuk. tahun ni mcm dah terlebih hujan pulak :-)

      Delete
  3. hahaha...tak tau..."berjangkit" gaknya! heee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tak dak la anim ... sungguh tak tipu ;-)

      Delete
  4. as-salam
    WOW... i cannot take my eyes off..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ady
      wow! wow! tapi tekak tak boleh nak terima pulak kek coklat lately. dah tua kot?

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. assalam mala
    kek coklat buttermilk akak lum try lg
    mesti try ni he heee nampk sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ..
      boleh cuba nanti. tekstur dia mmg lain sikit

      Delete
  7. Salam singgah...
    I'm still new to this blogging....
    Luv ur chocolate cake...
    My children memang suka sgtkan chocolate cake!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam haliza.
      terima kasih sudi singgah sini ..:-)

      Delete
  8. waduh.....sedapnya...anak2 yan suka sangat kek coklat macam nie.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi boleh la buatkan utk anak2 :-)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...