Wednesday, November 20, 2013

homemade glue


bila kali terakhir buat gam tepung kanji? 

hehehe lama sungguh sampai terpaksa google cara-cara nak buat gam ni.

aimi ada projek sekolah nak kena siap dan submit minggu depan. nak jimat kos kita buat gam sendiri la. gam ni di warnakan pink. saja ja for fun dan lagi pun aimi nak kena warnakan pink bahagian luar tu.

kalau dulu-dulu buat gam in tak ada letak garam. masa google banyak blog mat salleh suruh letak garam. fungsi dia untuk menghilangkan bau tak sedap gam tu dan juga mematikan kulat. ada juga resepi yang guna gula dan cuka.

gam ni tahan antara 3 - 4 minggu dalam peti sejuk. sesuai untuk projek seni anak-anak sebab tiada bahan kimia dan tidak bertoksid.

Bahan-bahan
500ml air
1 sk pewarna (optional)
4 sb tepung ubi kayu
1 sk garam

Cara-cara
1. Sekiranyanya menggunakan pewarna. Satukan air dan pewarna di dalam periuk kecil sehingga sebati.
2. Masukkan tepung ubi dan garam. Gaul sehingga semua bahan sebati.
3. Panaskan di atas api sederhana dan sentiasa di kacau sehingga mendapat kepekatan yang sesuai. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
4. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


10 comments:

  1. Kali terakhir..? Time skolah rendah...bebelas thun sudah...hehe...

    ReplyDelete
  2. ermmm dah x ingat bila kali terakhir buat gam...rasa mmg zmn sekolah rendah je.... huhu

    ReplyDelete
  3. owh mala boh kaler hari tu kak buat ,macam besa ja macam zaman kanak2 riang

    ReplyDelete
  4. Kami last buat ni masa sekolah menengah kot dulu......gam habeh, kedai jauh from umah.....gam kanji la plg cepat hehehehe
    kalau versi malas plak, aku tenyeh ja nasi....janji lekat hahahahhaa :P

    ReplyDelete
  5. tak ingat dah bile kali terakhir.. dah lama benarlah tu kan.. kan.. hahahaha .. wahh rajin siap ada warna..

    ReplyDelete
  6. Dah 30 tahun K.Sham tak sentuh brg2 ni.
    Kut Mala nak up entri ni sure K.Sham pun x ingat benda2 ni dah.

    ReplyDelete
  7. Dulu masa sek rendah pernah bt gam guna tepung kanji..tolong mak sbb dia nk buat dasar baju..skrg ni beli jea la yg mampu

    ReplyDelete
  8. Teringat zamn knk2..bestnye main tmpal2

    ReplyDelete
  9. zaman sekolah rendah, mak yang jadi mangsa tolong buatkan. aaah, bau sikitkan gam yg biasa depa buat.
    bestnya berkaler2 begini..nanti nak ajar 2 abdul buatlah mala....tqvm

    ReplyDelete
  10. ehh.. teringat kenangan dulu2 hiihii

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...