Sunday, November 10, 2013

mandazi



pertama kali merasa donut afrika ni terus suka. ada kawan bawak masa nak pergi camping. nanti kita cerita pasal camping trip raya haji hari tu. budak-budak pun suka. dah dua kali mala buat ni. sapa-sapa yang rajin boleh cuba resepi ni ...

mandazi donut afrika

Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
2 st yis
1/4 sk serbuk kayu manis
1/4 sk serbuk pelaga
1/2 cwn susu penuh krim
1 biji telur, di pukul
2 sb mentega, di cairkan


Cara-cara
1. Semua bahan harus pada suhu bilik. Satukan semua dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya perlu.
2. Perap doh sehingga naik dua kali ganda. Setelah doh kembang, tumbuk-tumbuk untuk buang angin dan bahagikan kepada beberapa bebola sebesar bola tenis.
3. Canai doh membulat sehingga lebih kurang 1/4 inci tebal. Potong doh kepada 4 bahagian segitiga.
4. Goreng sehingga keemasan dan toskan minyak.
5. Mandazi sedia di makan bersama teh/kopi. Boleh juga di tabur gula aising/gula halus setelah siap di goreng dan masih panas.


10 comments:

  1. Mcm donut ye...tp nmpk lg mudah...mau cuba...mau cuba....:-)

    ReplyDelete
  2. salam mala
    1st time dgr kuih ni...cecah dgn kopi pun sedap ni mala...roti puri kat bawah tu npk sgt2 gebunye..

    ReplyDelete
  3. Masuk sini sure lapar..
    Masuk sini sure lapar..
    Aduhaiiii..

    ReplyDelete
  4. Huhuhu...mengembalikan nostalgia lama la tengok entry ni. Kalau kat Africa dulu, memang dah ada readymade flour untuk buat mandasi ni. Jadi nak buatnya pun simple je, main tuang air je... :D Sekarang dah balik Malaysia, no more mandasi powder dah. Kenalah buat sendiri... mama cilok resepi dulu ye... Thanks Mala...

    ReplyDelete
  5. As salam Mala......

    mmmm....memang best nie.....donat versi berherba gitu.....nanti nak cuba buat lah....tq....

    ReplyDelete
  6. 1st time dgr mandazi nih.. jakun pulak..

    ReplyDelete
  7. Serupa donut cuma bentuk berbeza kan mala. Sebiji cam kuih jawa yang biasa mak mertua saya buat, cuma tak letak serbuk kayu manis dan pelaga. Kami makan dengan bercicah kuah kacang

    ReplyDelete
  8. donut afrika ke ni,,,,, dengar ke nama ni lain pulak bentuknya hihi.. nampak senang gini nak bentuk dari bulat2 tu

    ReplyDelete
  9. sama cam tun, jakun sbb 1st time dengar nama. btw kira donut 3segi la ekk klu tanslate :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...