Thursday, November 14, 2013

pulau masirah

mengumpul kekuatan dan semangat nak cerita pasal camping trip sempena raya haji yang lepas. sesungguhnya bukan lah jenis yang suka menggarang tapi lebih pada buat ringkasan. tapi demi kenang-kenangan peribadi dan tatapan untuk keluarga dan kawan-kawan kita buat la juga cerita ke pulau masirah ni. ini cerita 3 hari 2 malam

ok .. first of all kita semak kedudukan pulau masirah ni. silat lihat peta hehehe Masirah atau Mazeira Island (Arabic: مصيرة) ialah pulau terbesar di Oman. terletak di sebelah pantai timur, kira-kira 95km panjang dari utara-selatan, antara 12 -14km lebar, dengan keluasan lebih kurang 649km², pupulasi anggaran 12,000 penduduk dalam 12 perkampungan yang mana kebanyakannya terletak di sebelah utara pulau. info ni cheq ambik dari wiki :-) sebelah selatan tu kawasan larangan milik tentera udara oman (dulu british). memang tak ada penduduk kat situ.


perjalan dari muscat ke jeti shana lebih kurang 6 jam. bergantung pada berapa kali berhenti untuk isi minyak, cari tandas, beli itu, beli ini. lagi banyak stop lagi lambat la sampai. ni kira macam nak balik changlun dari KL dah ni.

sampai saja kat jeti leganya rasa. hilang sat lenguh pinggang bila nampak feri (ni macam nak balik penang) pulau kapas sedia berlepas pOn!!!!! hehehe


sebiji kereta kena bayar 10riyal (cuba kali 8 tengok!) tak pa - tak pa, bukan selalu kalau bukan musim cuti 5riyal saja feri ni ...

nasib kami baik sebab sampai kat jeti terus ada feri, kalau tak tunggu la. dah masuk feri pun kena tunggu feri penuh baru jalan. nak sampai pulau another 1hr 45 minutes so ... kita lena dulu! zzzzzzzzzzz
.
.
.
.
.
.

setelah 1jam 45 minit ... yeahhhhh dah sampai pulau


aktiviti ekonomi kat masirah memang perikanan la ... so pemandangan kat sini memang banyak kapal dan bot nelayan. macam biasa bila semua dah sampai kat pulau kami terus cari kedai makan. sebenarnya kami terpisah pada dua kumpulan sebab feri penuh. bukan senang nak cari kedai makan yang buka sebab kebanyakkannya tutup sebab raya haji (raya ke2)


perut dah isi. solat pun sudah. kami teruskan perjalanan ke campsite. kami masih lagi berkhemah cuma berdekatan dengan kawasan chalet kiteboarding. tujuannya sebab nak guna (berbayar) facilities (tandas danmandi la tu). elok sampai bersembang sat dengan tuan punya chalet. tokei kata dia charged sorang 2.5riyal seorang/sehari.briefing apa yang patut. kami pun mula pacak khemah sebelum gelap. elok semua siap naik khemah dah maghrib. waktu maghrib terkini di muscat 5:27pm. selesai solat ada buat sedikit tazkirah. alhamdulillah kami cuba selitkan sedikit pengisian ilmu dalam setiap camping trip.


camping kali ni special sikit sebabnya dato & datin - duta malaysia ke oman pun ikut jugak. pasangan yang romantic & sporting.


bila dah gelap memang tak ada aktiviti lain selain bbq. dah selesai makan ada bapa-bapa pi cari ketam. kecik-kecik saja ketam. ada yang duduk keliling unggun api sambil minum kopi borak-borak. budak-budak la yang paling seronok. dah penat semua tidur.


to be continued ... 
maklum la trip 3 hari 2 malam. selalu 1 malam saja ;-)

16 comments:

  1. jauh tu kalau smpi sejam lebih..dekat 2 jam... syok la kan...cntik tgk gambar matahari tu...

    ReplyDelete
  2. Penat-penat ke sakit pinggang bila dah tiba tempat di tuju puas Mala. Sioap ber BBQ lagi, memanglah anak-anak yg paling seronok:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... kat sini perjalan tak mcm tmpt kita. highway boleh singgah ada R&R. sini tak ada, kena cari station minyak kalau nak gi toilet. selalu pulak toilet kat sini berkunci

      Delete
  3. uniknya nama pulau..
    seronokleh berBBQ mala, dengan orang besar2 lagi...mesti meriah makan

    ReplyDelete
  4. Syoknya. Ingat nak pi jalan sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai la awang bulan 12. sejuk ...ni dah dok almost 2thn dah. tinggal lagi 2 thn.

      Delete
  5. bestnya pp trip boleh kenal2 jugak tempat orang kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah wani. ambik kesempatan sementara masih duduk di sini. rugi kalau cover negara oman ni.

      Delete
  6. salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni no 180

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ida .. thanks for following :-)

      Delete
  7. salam kenal...saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalaam rose, thanks for following :-)

      Delete
  8. Wah....best nye! It's really an adventure kan....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...