Wednesday, October 17, 2012

al jabal al akhdar



al jabal al akhdar bermaksud green mountain - gunung hijau

weekend lepas kami berkonvoi 3 buah keluarga pi camping kat atas gunung. sepatutnya 4 tapi last minute kawan sorang ni bos turun dari dubai kena paksa rela buat kerja di hujung minggu. frust menonggeng! kambing dah marinade!

best sangat ...sejuk!! malam suhu jatuh 18C bila sampai subuh jatuh lagi ke 10C - 13C. beku tangan masa ambik wudhu. pengalaman pertama camping dengan anak-anak. alhamdulillah depa enjoy.

untuk naik ke gunung ni hanya kenderaan 4WD sahaja di benarkan dengan 6 orang penumpang maksimum. jalan naik ke atas gunung bertar elok. dan selekoh tak tajam. naik cameron highland, batu feringghi lagi gerun!

kita tengok gambar saja lah na. nak cerita pun banyak sangat.


la ni tengah musim buah delima. depa jual 10biji 5riyal. manis sangat dan besaq-besaq. kat ataih gunung ni memang senang la nak nampak kambing dan kaldai. sangat jinak. ni yang orang kampung kat atas gunung bela.


sekitar kawasan campsite siap dengan gazebo, playground dan kemudahan tandas.


sebelah malam kami berbbq. sebelum pergi memang dah rancang setiap family bawa makanan apa dan pastikan berlainan. malam tu ada sate, kepak ayam, udang, salmon garlic bread, mushroom soup dan kentang. untuk sarapan sekadar roti, sambal ikan bilis, scramble eggs dan baked beans. snack masa siang tu sambil-sambil naikkan khemah makan donut, apam gula hangus dengan kek birthday adam!


pakcik ni salah sorang penjual buah delima  di jabal akhdar ni. cukup peramah walaupun dia bantai cakap arab. yang kami ni semua terkial-kial menjawab betoi ka dak pun tak tau. main hentam saja. sekali nak balik dia salam dengan husband tanya boleh cakap arab tak. husband jawab tak boleh. teruih dia keluaq english 'whats your name?' sehingga berjumpa lagi ... 

saja ambik gambaq pakcik ni sebab muka ala-ala pak pak tok wan di penang kedah hahahaha tang hidung!


4 comments:

  1. ya allah.. seronokknya kenegara org kan.. dapat tgk suasana orang lain.. cara hidup orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik pemandangan atas gunung ni. syukur sangat dapat peluang bekerja di oman ni berbanding negara arab yang lain.

      Delete
  2. assalam mala
    memang bestlah tgknya, pemandangan menyejukkan mata
    anak2 mesti teruja dpt duk dlm khemah ni
    buah delima tgh banyak ye, best gak akak suka makan delima he he ingat masa bil bawa balik dari Arab besaor2 buahnya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam saranur,
      suka budak2 berkhemah sbb sejuk kat atas tu. buah delima tu mmg besaq dan manis sangat

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...