Friday, October 26, 2012

walnut carrot cake



untuk kawan-kawan yang datang beraya di muscat dari dubai dan doha ...


resepi dari rahel

Bahan-bahan ( acuan 8x8" )
1 1/4 cwn gula perang
3/4 cwn minyak bunga matahari
3 biji telur
1 1/2 cwn tepung gandum*
1 1/2 st baking powder*
1 st soda bikarbonat*
1 st serbuk kayu manis*
1 st esen vanilla
2 cwn lobak merah yang telah disagat halus
1/2 cwn kacang walnut yang telah dicincang

Cara-cara
1. Griskan acuan dengan mentega dan alas dengan kertas serap minyak. Panaskan oven 170C.
2. Ayak bersama bahan-bahan bertanda*.
3. Masukkan gula dan minyak dalam mangkuk dan kacau sedikit hingga rata.
4. Masukkan telur dan pukul hingga berkrim selama 3 minit guna whisk. Tambahkan esen vanilla dankacau rata.
5. Kemudian masukkan tepung, kacau rata. Masukkan lobak merah, walnut dan gaul sebentar sehingga rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan, bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

10 comments:

  1. selamat hari raya Mala...

    sedapnyer kek carot..nanti nk cubalah kek versi rahel ni plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eidmubarak CK,
      dah lama jugak kami tak makan carrot cake ni. suka dgn resepi ni simple

      Delete
  2. Salam...selamat hari raya Mala....
    Sedap walnut carrot kek tu...saya suke banget...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eid mubarak Rahel, we loved it too!

      Delete
  3. Eid Mubarak Mala,
    Sempat lg mem-baking..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eid mubarak kak sham
      hehehe utk kawan2

      Delete
  4. As salam Mala,

    Eid Adha Mubarak! Sedap nampaknye kek tu... simple je rupanya but bila baca ade carrot semua bagai, terus rasa nak pie beli skrg jgk...hiks ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam & eid mubarak marya. mmg simple resepi ni. bleh la cuba

      Delete
  5. sedap tu carrot kek di hari raya aidiladha, akak memang suker ditambah ada walnut tu emmm sgt2 sukerr tau
    kita kek coklat je he he

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...