Wednesday, December 29, 2010
black pepper sausage puff
resepi dari rincchan
Bahan-bahan untuk inti
6 batang sosej black pepper
1 biji bawang besar, di mayang kasar
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sb sos tiram
1 sb cili sos
2 sb serbuk lada hitam kasar
2 sb majerin utk menumis
Secubit garam
Secubit gula
Bijan secukupnya
* 10 keping puff pastry square jenama "kawan"
Cara-cara
1. Panaskan majerin. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan sosej yg telah dihiris nipis. Tumis hingga agak garing.
3. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
4. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Sediakan puff pastry. Isikan inti. Taburkan bijan di atasnya. Tutupkan dengan sekeping lagi. Kelar berbentuk "X".
7. Panaskan oven pada suhu 190C. Bakar hingga puff kembang dan keperangan.
8. Jika menggunakan oven jenis ada sistem "kipas", boleh "on" kan kipas masa membakar puff pastry. Ini kerana angin panas dari kipas tadi akan membantu puff pastry naik lagi gebu dan bersarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment