Bahan A
kulit popia secukupnya
minyak untuk menggoreng
2 sudu besar tepung gandum (di bancuh dengan 3 sudu besar air sebagai gam kulit popia)
Bahan B (inti)
16 batang isi ketam
1 batang lobak merah (di sagat atau di potong halus)
1 mangkuk sengkaung (di sagat atau di potong halus)
1 pokok daun bawang (di potong halus)
Cara-cara:
1. Kulit popia dilerai dan diletakkan ke dalam pinggan.
2. Letakkan isi ketam, lobak merah, sengkuang dan daun bawang di atas kulit popia.
3. Lipatkan seperti membuat kuih gulung. Gamkan dengan bancuhan tepung gandum dan air.
4. Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan popia dengan api yang sederhana.
5. Balikkan popia supaya masak rata.
6. Apabila nampak kuning keemasan, angkat dan toskan minyak.
7. Hidangkan dengan cili sos.
No comments:
Post a Comment