Bahan-bahan
1 paket puff pastry (10 keping)
inti tuna secukupnya atau apa-apa inti kegemaran - inti ni lebihan dari bulan puasa lepas
1 kuning telur - dipukul sedikit
Cara-cara
1. Panaskan over pada 220C
2. Isi inti dan lipat dua tekan dengan garpu dan kelar-kelar bahagian badan puff. bentuk memanjang atau segitiga atau bentuk seperti gamabr di bawah.
3. Alih ke dalam dulang yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap.
4. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 25 - 30 minit bergantung pada oven masing-masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
tips dari matgebu - jika memiliki oven jenis ada sistem "kipas", boleh "on" kan kipas masa membakar puff pastry. Ini kerana angin panas dari kipas tadi akan membantu puff pastry kita naik lagi gebu dan bersarang
boleh rujuk pada blog matgebu untuk cara lipatan puff dibawah. di letak sliced cheese diatas inti.
No comments:
Post a Comment