Thursday, September 26, 2013

biskut suji


hari rabu pagi ada jemputan coffee morning oleh salah sorang jiran. tujuannya untuk saling mengenali antara satu sama lain. walaupun dah duduk setahun lebih. kami semua tak pernah bersembang. setakat senyum, angkat tangan. dalam compound ni ada 10 buah rumah. 2 keluarga malaysia, 1 singapore, 3 india, 1 libya, 1 syria-amerka, 1 egypt dan 1 latin. hanya 2 yang bekerja. yang lain suri rumah. memandangkan ada yang vegetarian ... memamg mati akal nak bawak apa. yang jadi hos kata dia nak beli saja dari carrefour kemudian panaskan. I ok ja ... pikiaq punya pikiaq, last-last cari resepi biskut suji. suji pun ada belen 3/4 tin lagi. ok la kan ...


resepi dari azimahliyana

Bahan-bahan
3 cwn tepung gandum
1 cwn tepung suji
1 cwn gula aising
minyak sapi secukupnya
ceri merah untuk hiasan

Cara-cara
1. Tepung gandum diayak terlebih dahulu. Kemudian campurkan dengan tepung suji dan gula aising.
2. Gaul rata. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga boleh membentuk bola-bola kecil.
3. Bulat-bulatkan doh kemudian susun di loyang dan letak hirisan ceri kecil di atasnya.
4. Bakar pada suhu 160C selama 10-15 minit .

17 comments:

  1. salam Mala, dah lama tak jalan sini tiket habih lah hahaha, amboii sedap tengok biskut suji bak sebiji dua nak rasa mesti sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam knoor ... ye la orang tu bz dgn cucu baru! tahniah mak tok :-)

      Delete
  2. SALAM singgah,, bestnya dapat berjiran macam tu... teringat masa raya pulak ...tengok biskut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ...alhamdulillah walaupun dlm komuniti antarabangsa. masing2 tak sombong

      Delete
  3. gebunyaaaaaaaaa...buat org lapaq biskut suji la pg2 ni...mana mau cari? hehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. biskut2 ni tak raya baru sedap makan... mana mau cari? sendiri bikin la :-P

      Delete
    2. betul tuh aku sokong.....last monday aku nya opismate bawak tart nenas sedap gila rasa sbb dah tak raya hehehe

      Delete
  4. Waaa.... bestnya ada kukis laaa.... nak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai la rumah ... ada sikti lagi cookies.

      Delete
  5. ok la ni..sedawa tetamu ..suka biskut suji..tapi tak reti nk buat

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. hehehe tu la ... mala bila time raya malas nak buat biskut raya.

      Delete
  7. Replies
    1. wasalam ady ... nah rasa sebijik :-)

      Delete
  8. mala...lepas raya dan biskut raya sudah tak nampak bayang...sangatlah mengancam biskut suji ni..

    p/s tapi orang utara sibuk cari biskut raya utk raya haji ni kan..tak macam orang selatan. raya haji takde apa2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ja dgn family mala pun tak dak apa2 masa raya haji ..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...