Tuesday, September 24, 2013

sambal totok johor

 

kalau ada sambal macam ni .. mmg cukup bahaya! asyik nak tambah nasi. sambal ni macam sambal gesek n.sembilan cuma ia di tumis. so amacam orang johor ... betul ke sambal totok macam ni?

resepi dari amoyziee

Bahan-bahan 
1 bawang merah besar * hiris kasar
4 - 5 cili padi * potong sedikit sahaja supaya tidak meletup
ikan bilis
garam dan gula gecukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Panaskan minyak terlebih dahulu .
2. Tumis bawang, cili padi dan ikan bilis sehingga layu
3. Goreng sehingga bawang layu atau nampak sedikit perang kemudian angkat dan toskan
4. Masukkan kesemua bahan yang telah digoreng ke dalam batu lesung, jangan lupa letak garam dan gula secukup rasa. Tumbuk sehingga lumat.

Nota : kuantiti ikan bilis bergantung pada kuantiti bawang yang di gunakan. Sama juga dengan cili padi. Nak pedas lebihkan cili.

20 comments:

  1. nampak sgt menarik ni mala..mkn dgn nasi ni pun dah ok..kan...

    nti nak cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul knor ... makan dgn putih panas pun dah cukup. tak payah lauk lain dah.

      Delete
  2. 1st time dgr sambal totok johor.. agak2nya hasben tun yg org johor ni pon xtau sambal totok ni ape. hihi.. sambal gesek tau sbb dulu housemate org negori jd penah mkn yg dia buat. sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itu la dia tun ... janji sedap!

      Delete
  3. nampak sedap sambal ni. tapi saya tak pernah rasa lgi.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah rasa lagi ni, mala...
    Nnpk mcm sedap jer tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba .. pelbagaikan menu sambal

      Delete
  5. ni kalo dapat...mau 5 pinggan nasi duk tambah.. hehehehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Mala,
    Boleh try ni..
    Sebaik ada bawak batu lesung.. kut guna chopper.. sure tak aci kan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kaksham
      kena pulak dgn masak lemak cili padi kaksham ... mau lena lepas makan nasi.

      Delete
  7. betul la tuh kot resipinya....adik ipar aku org johor pernah ajar buat ni...tp dia ltk belacan sket.....bleh mkn 8 pinggan nasik ni...ai kalo buat time mls tumbuk masuk je dlm food processor....laju sket....kekekeke :P

    ReplyDelete
  8. kadang2 saya tambah dengan cili hijau, mala :-))

    amboi, orang oman pun reti ber"totok"ya..haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...