Wednesday, September 18, 2013

currently reading ..... sebarkan cinta-mu



dah lama tak baca novel ... lagi-lagi novel yang tebal-tebal macam ni. baru separuh jalan baca. novel ni lain sikit. bukan novel cintan-cintun tapi novel tauhid. berkisarkan poligami ... wohooo!! hehehe 

latar belakang cerita berkisarkan seorang anak remaja di sebuah kolej. di mana ibubapa mengamalkan poligami. kisah seorang wanita indonesia yang suatu ketika dulu seorang pelajar terbaik dan end-up sebagai cleaner di kolej tersebut. yang menarik tentang novel ni ialah pengisian yang di selitkan dengan ilmu-ilmu berguna untuk kita. dari segi hukum poligami, sejarah poligami Nabi Muhammad saw. banyak lagi sebenarnya informasi dalam buku ni yang mana dulu tak tau ... la ni cheq dah tau.

sesuai di baca oleh semua baik lelaki mahupun perempuan. yang beum kahwin, yang dah kahwin, yang dah berpoligami, yang bercadang-cadang nak berpoligami, yang bercadang nak jadi no. 2, no.3 dan no. 4, yang sekarang berstatus no.1.

sesuai juga di jadikan hadiah ...

Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Penerbit : PTS
RP : RM31.00

13 comments:

  1. wehhh...topik bahaya ni..dah la hang dok kat Arab...sana suka poli2 ni....aku tetap suka monopoly......hahahaha :P

    ReplyDelete
  2. sayapun dah lama x membaca buku...
    mmg nampak menarik buku ni kak..
    kdg2 dok terbyang, bila la saya boleh dok relax2 santai sambil bacabuku...erm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu baby besar .. hehehe tapi boleh ja kalau nak. beli satu. baca sikit. setahun baru habis hehehe

      Delete
  3. lama saya tak layan novel, mala...
    baca tu baca tapi tak pernah habis, heee
    kadang2 fatimah syarha ni dipanggil ustazah. bestkan suami isteri tulis buku masing2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala layan novel .. best jugak.

      Delete
  4. salam mala….wah bestnye layan novel. lama dah sesangat ros tak layan, bukan apa kalau dah start rasa xleh nak berenti. ralit smp dok hold benda lain yg nak kena bt (heheh!!!teruk betul). btw menjawab soklan mala tu, ros dah nak msk 3 thn @Brunei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ros ..
      maknanya kita selisih la ya ... mala di brunei dari 2002 - 2009. sekali sekala baca novel tak pa. ni habih lagi baca ni hah. sikit2 curi masa baca

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Best tajuknya, skrg turn ank2 baca novel, mama beli blhgg pastu tgkkk je lah heeehe x dan nk baca pun
    Dulu2 sepanjang hari ngadap novel pun ok hihiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli satu ja ... jgn beli banyak2 nanti tak terbaca :-)

      Delete
  7. wahhh... bahayo nih buat hadiah ke insan tersayang hehe... bab poligami ni memang isu sensitif le kan...ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha jgn takut utk hadiahkan pada orang tersayang. ilmu ni ... kena baca, dan faham ;-)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...