Friday, September 27, 2013

me jadi hangkebun?

this post is dedicated to a friend yang tak ku sangka rajin berkebun. show off time hahaha

mencuba nasib bercucuk tanam di oman. kat sini tanah kena la beli kalau nak menanam. nak pi korek belakang rumah pun tak ada tanah hitam. penuh dengan pasir dan batu. kat depan rumah ni memang dah ada macam batas untuk menanam cuma masalah dia penuh dengan pasir. so terpaksa la keluarkan duit sikit untuk beli tanah. 

kalau malas nak menanam pun masalah jugak. bila angin kuat saja habis pasiaq ni terbang sampai depan pintu rumah. pasir jenis halus. dalam rumah jangan cakap la.  untuk menggelakkan pasiaq terbang kena la letak tanah. walaupun tak mau tanam apa-apa.


antara koleksi herba yang di tanam * serai di tanam sebelum balik cuti summer. alhamdulillah survived! ada 3 pokok * pudina dah tanam tapi bila cuaca mulai panas pudina pun start kering ... tinggal belen sikit yang nyawa-nyawa ikan. nampak gaya akan terus menghijau dan segar nak masuk musim sejuk ni * kesum ... bawak dari malaysia. daun di petik dan simpan dalam fridge. rendam batang biar tumbuh akar. cucuk balik ke tanah * daun bawang (alaaa ni budak sekolah pun boleh tanam!) yang di beli hiris-hiris daun dia simpan dalam fridge dan tanam balik hujung batang dia yang ada akar * selasih pokok yang lasak mampu bertahan musim panas di oman. mana dapat selasih ni? oh! my husband ambik kat masjid (with permission dari tok imam opkos)


yang ini pula husband main lempaq biji yang kemungkinan dan berharap akan menjadi rock melon. hahaha tak tau biji apa yang dia main taboq. menjalar bukan main lagi. pokok ni pun tahan panas. sebelum cuti summer dah tumbuh. balik dari malaysia, seminggu lepas tu dah nampak putik-putik buah.


yang atas bunga betina. yang bawah bunga jantan kalau tak silap. nanti chek balik.


ada dua biji buah yang ketara tiba-tiba saja besar tanpa di sedari tuan dia. 
 
gambar-gambar ni semua di ambil minggu lepas. minggu ni dah banyak buah yang dah besar sikit. 

sapa tau atau ada tips macamana nak tau buah ni dah ready untuk di petik? mana pi hangkebun? oohhh hangkebun .... tau tak bila nak masak ni?


32 comments:

  1. Wahhh... bestnyerrrrrr... byk pokok yg hidup. tun aritu daun kesum hidup segar bugar, pastu tiba2 mati xtau apa sebabnyer.. tun pon kene beli tanah kalau nk menanam. duk kuarters kt tmpt keje hubby, kawasan bukit yg diletupkan. nk menanam bawah apartment ni, cangkul2 tanah batu je penuh. tanam ubi kayu pon x hidup. tragis betol.. tun lg teruk dr bdk sekolah, tanam bawang x hidup pon. haha.. daun bawang tu kejap je hidup pastu mati. xtau la apa masalah dia.

    ReplyDelete
  2. Sakan tanam kat fadang fasiruuunnnnn hahahaha patotla soh aku baca blog.....huhuhu syabbasss beteyyyyyy...keep up the good work.....:) ceq amatur lg..merangkak2 lg tanam pokok.....rajin2 la tanya encik google for tips hehehhe Happy Gardening! aku yg kat Msia ni pon kena beli tanah weh......keliling rumah simen! huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lg satu, kalau nak tanam bawang, biasa aku amik from bawang yg kita dok mkn tuh bukan fr daun bwg, potong skit atas, tanam la bwg dia...bwg takleh byk air nnt rosak bebawang dia.....bawang putih pon boleh tanam mcm tuh....huhuhu

      Delete
    2. oh mcm tu ka tanam bawang. kalau ikut aku mmg tanam sebijik tu teruih hahaha ni tanam batang sbb daun bawang belikan sayang lak nak buang.

      Delete
    3. hahaaaa dh agak dhh si geget tu hg kebunnyaaaaaaaa

      Delete
    4. hahaha pahdah pandai kome!

      Delete
    5. Owhhhhh...pahDah pon berbelog ropanyaaaaa.....hehehe

      Delete


    6. Mala...cer tgk kat u tube ni cara2 nak tau melon hampa dah gebu n manis ke belom..hehehe

      http://www.youtube.com/watch?v=6iQDez9HL9A&feature=youtube_gdata_player


      Delete
    7. sampai sini hang cari pahDah hahaha ... ok dah tengok video. thanks

      Delete
    8. hahahaha baru aku tau PahDah pon ada meluahkan perasaan kat belog dia kekeke :P

      Delete
  3. Replies
    1. tak la rajin mana sangat cuma rasa seronok bila tgk pokok tumbuh hijau

      Delete
  4. bestnya mala..padang2 pasir pun boleh berkebun lagi...i like...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg membuat lagi klimaks kakeni bergardening kat middle east ni. rasa tercabar dek cuaca panas

      Delete
  5. nampak subur tu..tanah tak sampai skangkang kera pun boleh bercucuk tanam..bagus2..nak seribu daya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah .. mmg happy sangat bila tanam mau naik elok walaupun tanam pokok yg biasa2 saja orang tanam kat kampung

      Delete
  6. Itu dia... malulah org yg duduk di M'sia ni. Banyak tanah buah itu pun tak tertanam.
    Geram kakak tengok bergolek-golek tu mala. Try and errorlah nampak gaya kalau tak tahu bila boleh petik.. kakak laaagilah tak tahu hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak gaya mcm tu la kakzakie ... kita tunggu dan lihat :-)

      Delete
  7. Assalamualaikum Mala,
    Mmg "berjasa" pd tanah ni.
    Kat sini dah mula berangin.. tanda winter nak mai la tu.
    Tapi Amsyar dah book nak tanam bunga kat balconi.
    2 tahun dah tertangguh.. harap tahun ni sampai la hajat Bujang Sulong tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kaksham
      semlm kat sini pun berangin jugak ... dah tanda2 tu.
      wah! minat bunga ya dia ... baguih la ada yg minat jugak nak menanam

      Delete
  8. cantiknya melon tu hidup, tak lama dah boleh rasa buahnya pulak... saya ni kadang2 semangat nak menanam, tapi dek kerana jiran sebelah yang suka sangat skodeng, terus malas keluar rumah... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. lor! nak gardening pun kena skodeng ... something wrong somewhere tu

      Delete
  9. Bila tengok Mala berkebun teringin pulak nk tanam melon tu!

    ReplyDelete
  10. mala, boleh tahan juga kesuburan tanah berpasir kat sana..ada letak apa2baja ke? geram tengok rock melon tu. mahal oo kat sini. kalau tengok bunga rock melon tu, ada serupa labu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anim, beli tanah compost. kat sini beli kat carrefour ataupun nurseri.

      Delete
  11. suka la tengok orang berkebun,, suka tengok 2 je .. biasanya bonda yang lebih berkebun.. kita sibuk kat dapour ..hihi alasan je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun suka tengok jugak! hehehe saja-saja ni.

      Delete
  12. wahh bestnya, wiyah pon ada gak sikit2,tapi kena tanam dlm polybag..umah dpn belakang sumenya tile..tanah sekanang kera pon tarak! haha..wiyah namakan " My mini edible garden"..na update wat entry gak la hehe..br semangat nak menanam ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wiyah, update jgn tak update ...

      Delete
  13. Suburnya Mala... aku teringat tembikai merah yang hang tanam kat rumah F13...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...