Monday, September 17, 2012

biskut m3


biskut ke empat dan terakhir. nama sebenar biskut ni "madu tiga" dengan bentuk asal segitiga dan di hias dengan 3 hirisan badam. acuan segitiga kita berlekuk-lekuk bahagian tepi dia. tak cantik bila terap doh yang ada kelapa ni. so kita guna acuan love ... baru betul bermadu hehehe

resepi dari kakbesah

Bahan-bahan ( +- 150 keping )
250g majerin
150g gula aising
2 biji kuning telur
250g tepung gandum*

1 sb tepung jagung *
1 st baking powder*
1/2 cawan serbuk koko*
1 1/2 cwn kelapa parut kering
kuning telur untuk sapu
hirisan badam sebagai hiasan

Cara-cara
1. Satukan dan ayak bahan-bahan bertanda * dan gaul sebati dengan kealpa kering.
2. Putar mentega dan gula sehingga sebati dan masukkan telur satu persatu, putar 15 saat saja.
3. Masukkan seidkit demi sedikit campuran tepung dan uli perlahan sehingga menjadi doh lembut.
4. Canai doh antara dua plastik, terap dengan acuan yang digemari.(bentuk 3 segi adalah bentuk asal dan ada badam 3 batang)
5. Susun biskut atas dulang yang telah di sapu mentega, sapu kuning telur atasnya dan hias dengan badam.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu, suhu 160C dan bakar selama 15 - 20minit.

12 comments:

  1. wow... biskut m3...mula2 wonder gak apa makna m3 tu...rupa2nya madu 3...hehehe... nampak sedap lak tuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ... peminat coklat dan kelapa boleh cuba

      Delete
  2. AS-SALAM MALA
    Apa khabar Mala....semoga Mala dan keluarga berada dalam keadaan sihat selalu..cantik betul name biskut m3 ni Mala..npk pun sedap biskut m3 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ady .. alhamdulillah kami semua sihat. saja le tukar nama dia m3, seram nak sebut madu tiga ;-)

      Delete
  3. assalam mala
    biskut madu tiga he he tahun depan boleh try gak ni
    nampak sedap bercoklat dan ada badam

    ReplyDelete
  4. Mala....akak lari dulu, pantang dengar "madu" huhu...takut.

    ReplyDelete
  5. Salam Mala, blogwalking & join you..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...