Saturday, September 29, 2012

pizza kakbesah



weekend (khamis) pergi shopping mall tengok ada satu outlet ni jual pizza sepotong OR1.20 lebih kurang RM9.60! nak makan luar kat sini kena pikiaq banyak kali.

so, kelmarin mama buat pizza kakbesah untuk minum petang. kenyang sampai ke malam! mala cuma buat separuh adunan sahaja dan bentukkan dua biji pizza size 8"

resepi dari kakbesah

Bahan-bahan ( 8 kpg bulatan 26 cm )
Doh
1 kg tepung gandum
1/2 cwn mentega/majerin 
1 bungkus yis segera mauripan (11gm) 
2/3 cwn gula pasir (6 sb)
500ml air suam
1 sb rata garam

Topping
pizza/cili sos secukupnya
hirisan sosej (mala guna cold meat utk sandwich) - boleh juga guna tuna/sardin
nenas dalam tin - dipotong kasar
bawang besar - potong dadu
capsicum hijau- di hiris
cendawan butang dalam tin/segar - di hiris
mayonis secukupnya

Cara-cara
1. Campurkan garam, gula dan air suam kuku sehingga larut.
2. Campurkan yis dan tepung rata-rata.
3. Ramas dengan hujung jari mentega bersama tepung tadi. Tambah dengan air garam suam. Air tidak semestinya habis di guna. Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan licin. Setelah doh kenyal, bahagikan kepada 8 ketul. Tutup dengan kain nipis yang lembab. Perap selama lebih kurang 1 jam.
4. Ambil seketul doh, gelek atas permukaan yang ditabur sedikit tepung menjadi nipis lalu diletakkan di atas tutup periuk atau loyang yang telah disapu mentega. Sapu setiap permukaan doh leper tadi dengan sos rata-rata. Biar ia mengembang sekali lagi. Selama lebih kurang 1 jam tidak perlu di tutup.
5. Panaskan oven 170C tabur dengan topping kegemaran.
6. Masukkan mayonis dalam plastik, gunting sedikti sahaja satu bucunya dan picitkan secukup rasa ke atas pizza. Bolah di bakar sehingga masak.

15 comments:

  1. Salam,
    betul tu Mala, beli pizza ni mmg mahal...dah tu topping nya ciput aje..baik buat sendiri kan. Puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak mar. ni kami makan pizza kenyang sampai ke malam

      Delete
  2. Hayırlı sabahlar, ellerinize sağlık. Çok iştah açıcı görünüyor. İyi hafta sonları.

    Saygılar..

    ReplyDelete
  3. rajin Mala "memiza" akak selalu guna base jual je balik buat toping cepat haha dasar pemalas kan tabik lah kat Mala rajinnnn mesti sedap orang Oman ni maasak kan

    ReplyDelete
  4. ni peminat pizza dh datang wat muka kesian.. kot2 laa dpt sebijik pizza... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebijik tak dapat la .. sekeping cukup kot ;-)

      Delete
  5. salam mala. kat malaysia pun mahal. kalau yang large tu, at least rm50. buat sendiri lebih murah dan puas hati. boleh bubuh semua premium ingredients. sejak my doter dah pandai buat, jarang2 dah kami beli. miss you guys.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu bila la my doter nak pandai membuat roti2 ni :-)

      Delete
  6. Ya allah nikmatnya nampak pizza mala ni..bagaikan org mengantukk disorongkan bantal, br td beli pan pizza..kenkonon nak wat pizza sendiri..tup2 mala dah share resepi pizza meletops ni,, thanks ya! wajib cuba ni ;-)

    ReplyDelete
  7. samosa dan teh kurma belum cuba...dh keluar pizza pulak? heeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tak pa anim. kalau tak dan buat beli je :-)

      Delete
  8. Salam Mala...
    dah lamaRahel tak buat pizza...rindu la nak menguli doh pizza..hehehe...
    pizza tu kaya dengan cis la...sodap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam rahel,

      boh cis, boh lagi mayonis hehehe lemak gitu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...