Tuesday, September 11, 2012

puteri ayu


cuba buat puteri ayu bulan puasa hari tu. tak brapa cantik kelapa dia tu sebab guna kelapa kering dan budak-budak ni yang letak. nak tolong mama sangat la katakan. habih berteraboq nyok kat meja, lantai semua. mama jugak yang kena sapu. tapi sedap apam ni, gebu dan lembut. siap frozenkan separuh dan penghujung puasa dah malas  nak buat kuih keluarkan kukus balik, tetap sedap.

resepi dari rossitamz

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )
5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 st ovallate
1 st baking powder
250ml santan
pewarna hijau
2 st pes pandan
kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, pes pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

8 comments:

  1. salam mala, anak2 akk pun mmg suka kuih puteri ayu ni...selalu jugak akk buat tp tak pernah lg akk frozenkan...

    ReplyDelete
  2. wasalam, ok ja mala frozenkan sebab pernah tengok orang jual apam ni kat pasar tani produk forzen food.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyalah mala..tak tahu boleh frozen, len kali boleh try. almaklumlah..kat rumah ni askar tak ramai...

      Delete
    2. boleh frozenkan .. tambah2 bulan puasa bukan makan banyak sangat pun.

      Delete
  3. Comel bunga acuan hang... lain dari biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun baru perasan bila dah jadi kuih ... kalau yg biasa corak dia menyenget sikit kan

      Delete
  4. Mala,kalau tengok sukatan bhn2 dia memang leh dpt byk putri ayu kan....cantik la kejadiannya...bak mai 10 ketul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jugak dapat ni rahel ... setakat 10 ketoi no hal ni :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...