Wednesday, September 5, 2012

cucur bilis kembung




resepi dari sofinar

Bahan-bahan ( 5 orang makan )
300g tepung gandum
1 biji telur
1 sk yis mauripan
1/2 cwn ikan bilis
1 labu bwg besar
2 pokok daun bawang
1 1/2 cwn air
taugeh jika suka
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Cara-cara
1. Di dalam bekas satukan tepung dan yis. Gaul rata.
2. Kisar ikan bilis, telur, bawang dan air bersama sehingga semua hancur. Tuang bahan kisat ke dalam campuran tepung dan yis. Gaul rata.
3. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
4. Jemput-jemput dan goreng. Cucur ni lembut dan bulat-bulat. Enak dicicah sos cili.

8 comments:

  1. Replies
    1. lembut cucoq ni kak sam .. boleh la cuba

      Delete
  2. sedapnya...mala ni cucur bilis versi rajin ni....hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. versi rajin sikit saja ni.. kalau betoi rajin cicah kuah kacang lagi best!

      Delete
  3. mala ujan2 ni lapaqnya tengok coq tu ,

    ReplyDelete
  4. Mala....kakak akk kata kalau buat cekodok jgn ltk kunyit, nnti jd keras.....katanya la. Akk tak pernah ltk kunyit dan telor. Akk suka garing gitu.....ltk tepung beras sikit. Tapi ikut tekak masing2 iye dak?

    ReplyDelete
  5. assalam mala
    sedap tu cicah sos takpun kuah kacang kan
    petang2 memang best layan cucur bilis , kat rumah akak memang salah satu menu wajib petang2 he he
    kaadang2 en suami yg buatkan dan anak2 pun suka, menu senang dan cepat nk makan ye tak, tiapbulan tepung berkilo-kilo beli he he
    akak suka versi lembut gini tp suami nk yg biasa garing2 je

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...