Thursday, September 20, 2012

mini muffin choco pandan



entry tertunggak ... buat sebelum cuti summer hari tu untuk bekal budak sekolah.

dah pernah buat sebelum ni  cuma kali ni mala letak pes pandan.

resepi dari Puan Ruhaya via secubitgaram

Bahan-bahan
100gm mentega
120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri,
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)

1 st baking powder
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 st esen vanilla
1/2 st pes coklat emulco
1 sb serbuk koko
1/2 st pes pandan

chocolate chip - hiasan

Cara-cara
1. Ayakkan tepung bersama baking powder.
2. Pukul mentega sehingga kembang dan masukkan gula dan pukul sebati.
3. Masukkan telur dan esen pukul (2 minit ).
4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (guna senduk kayu/whisk bagi sebati )
5. Bahagian kepada dua bahagian. Satu bahagian di campur pes pandan dan satu bahagian di campurkan serbuk koko dan pes coklat.
6. Sudukan ke dalam papercup 3/4 penuh dan taburkan coklat cip.
7. Bakar 180C selama 30 minit atau sehingga masak. Bergantung pada oven masing - masing.

10 comments:

  1. Replies
    1. mood tengah baik, dia comel. kalau tak gedabak sebijik aku buat :)

      Delete
  2. Salam,akak suka muffin yang naik menggunung terjojol keluar dari cup dia...

    ReplyDelete
  3. mala, saya pun suka muffin comel..senang nak makan. tak payahle dok cubit-cubit, heee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi jugak tu. kalau muffin besaq makan seketoi payah nak habih!

      Delete
  4. tak pernah buat muffin...ni nmpk elok...

    mala punya blog dah tukar ke format baru ke....tau dak mcmana nak upload gambar...duk try dr tadi....tak boleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tukar ke format baru kak eni. tapi upload gamabq mcm biasa saja. tak berubah.

      Delete
  5. Salam kenal. bw dan alhamdulillah singgah ke sini. thanks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...