Tuesday, February 28, 2012

muffin marble coklat rice



buat dua adunan untuk buat bekal sekolah dan bagi kawan-kawan

resepi dari Puan Ruhaya via kaknor

Bahan-bahan
100gm mentega
120gm tepung gandum/tepung naik sendiri,
(*sekirannya menggunakan tepung naik sendiri, baking powder tidak di perlukan)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 st esen vanilla
1/2 st pes coklat emulco
1 sb serbuk koko
coklat cip/rice secukupnya - hiasan

Cara-cara
1. Ayakkan tepung bersama baking powder.
2. Pukul mentega sehingga kembang dan masukkan gula dan pukul sebati.
3. Masukkan telur dan esen vanila, pukul selama 2 minit.
4. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar menggunakan senduk kayu atau whisk sehingga sebati.
5. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian warna asal dan satu bahagian di takmbah serbuk koko dan gaul rata.
6. Sudukan ke dalam papercup 3/4 penuh dan taburkan coklat chip/rice.
7. Bakar 30 minit - 180C mengikut oven masing-masing.

* dah habis stok tepung naik sendiridan esen vanila

12 comments:

  1. Replies
    1. boeh la buat .. budak-budak suka la makan. mala kurang sikit la muffin ni

      Delete
  2. dah buat ye muffin ni. alahaii ni yang menggamit2 lagi tekak nak makan ni. hehe.. pss cantiknya kuih kasoi kat bawah tu. suke

    ReplyDelete
    Replies
    1. izah peminat muffin wajib cuba ni :-)

      Delete
  3. Waa..dah sampai kat sini muffin marble...tumpang lalu..nak ambik seketul dua..hihi..

    ReplyDelete
  4. X penah buat muffin...hu
    sedap nampak coklat;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aine, muffin lagi senang nak buat dari cupcake

      Delete
  5. salam Mala
    nak juga seketul dua ni he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, boleh sara 3-4 ketui pun boleh

      Delete
  6. as-salam Mala
    this marble coklat rice muffin looks really tempting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalm ady, the kiddos love this muffin as long as it is chocolate :-)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...