Monday, February 20, 2012

kaswi pandan




kaswi gula merah dah pernah cuba. kali ni buat yang pandan pulak. resepi ni dah lama salin hehehe tapi baru hari ni terasa nak buat. air kapur tak bubuh sebab tak dak tapi tekstur OK lembut ja dan sedap. pewarna pun tak letak, guna air pandan saja dah cantik.

resepi dari cikuhafi

Bahan-bahan ( untuk 4/5 org mkn )
1 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn gula pasir
1 sb tepung ubi

2 cwn air
beberapa helai daun pandan

sedikit perwarna hijau
1 sk air kapur makan

1/2 biji kelapa parut (putih shj)
sedikit garam - gaul bersama kelapa parut dan kukus sebentar

Cara-cara
1. Kisar daun pandan bersama air dan tapis.
2. Satukan tepung gandum, tepung ubi dan gula bersama air pandan dan kisar sekali lagi. (kecuali kelapa parut dan garam)
2. Tapis bahan yang telah di kisar ke dalam loyang yang telah diglis dengan sedikit minyak dan kukus selama 30-40 minit.
3. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu.
4. Potong menggunakan pisau plastik dan gaul bersama kelapa parut yang telah digaul bersama garam.

16 comments:

  1. as-salam
    wahhhh sedappnya malam2 tgk kaswi pandan mala ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ady, petang tadi buat. ada lagi ni, jemput makan :-)

      Delete
  2. Mala...
    Xpenah lagi buat kuih ni...

    Tgu mak buat je...heheee

    lama da x mkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mala nak tunggu mak buat kan jenuh la. mak jauh huhuhu

      Delete
  3. amboi.. sedapnyer kuih ni...lama dah tak buat... meleleh ayor lior teman...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time merasa kaswi pandan ni. not bad :-)

      Delete
  4. Alaaaaa cheq sukaaaa ,tapikan cheq lagi suka hat gula megrah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hat yang gula merah ada rasa lemak sikit kan ... mmg la yg gula merah pilihan no. 1. nanti kita share mcm mana mak kita ajar kita makan kuih kosui gula merah tu ... :-)

      Delete
  5. Huhuhu dah lama tak makan kaswi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sa,, mala 1st time mkn kaswi pandan ni :-)

      Delete
  6. Mala,cantek kaler kuih kaswi pandan ni,bestnya klu guna warna dr jus pandan kan...bahan2nya pun mudah jer,nanti senang2 gue cuba pulak buat kuih kaswi pandan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rahel, mjmg suka kaler natural pandan tapi kalau terdesak terpaksa la opt for pandan pes. senang-senang cuba la

      Delete
  7. Mala.....semalam sy buat kaswi gula merah;)

    utk pertma kali. Berjaya....

    Nti nk cuba kswi pandan lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Baguih-baguih, lepaih buat yg pandan pulak :-)

      Delete
  8. alahaii cantik nya warne kaswi sebab ori warne pandan kan. saya pun pernah buat kaswi resepi ciku ni. lembut je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka warna pandan ori. masa kukus pun wangi je ....

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...