Monday, February 20, 2012

doa untuk adik faris

image dari bersamamazidul

semalam kami sekeluarga ke SJMC untuk melawat adik faris. sampai lebih kurang pukul 2 petang. ramai sedang berkumpul di luar ICU. mungkin ramai yang dah tahu kisah adik faris melalui blog mazidul. bagi yang belum boleh klik sini untuk perkembangan terkini.

keluarga ini memerlukan doa dari kita semua dan juga bantuan kewangan. sempat bersembang dengan mak cik faris katanya semalam adalah hari yang ke 19. bil hospital dah mencecah RM75K! adik fairis tak dapat di pindahkan ke HKL kerana risiko terlalu tinggi.

kedua ibubapa adik faris adalah kenalan suami mala. ini kali pertama mala jumpa keluarga ni. puan Zuraine Mohamad pernah menuntut bersama-sama suami di ITM Manjung dulu, kini berkhidmat dengan Celcom. manakala ayah faris pula en. Shamrulismawi Ismail adalah kenalan semasa bujang dan pernah berkhidmat di syarikat suami bekerja sekarang. kini beliau berkhidmat dengan Standard Chartered Bank.


mala tak masuk tengok adik faris dari dekat. cuma abah saja yang masuk. adik faris di dalam bilik ICU. kawalan ketat hanya dua pelawat saja di benarkan masuk pada satu-satu masa dan kena cuci tangan dan pakai mask sebelum masuk. 

keadaan di sekitar ICU/NICU  murung. setiap yang masuk dan keluar pasti mengalirkan air mata. sebenarnya tak sanggup nak masuk tengok. nampak mama faris sambil berlinangan air mata bila keluar dari bilik faris. bila husband keluar nampak mata dia pun merah. abah kata dada fairis turun naik tinggi. mama faris cakap faris susah nak absorb oksigen. sedihnya :-(  berat sungguh dugaan yang menimpa.

sama-sama lah kita bantu .... terima kasih



3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...