Saturday, February 11, 2012

kek marble



nasib baik menjadi kek ni. sambil buat kek dalam kepala otak dok pikiaq macam-macam. dah pukul butter dengan ovallette terus masuk telur sebijik sampai habis. patutnya masuk gula dulu, pukul sampai kembang baru masuk telur. 

apa-apa pun kek ni memang lembut dan sedap.

resepi dari cmg

Bahan-bahan
240g mentega tanpa garam
10g ovallate
4 biji telur gred A
220g gula halus
240g tepung halus/gandum
1/2 st baking powder* (*digaul rata dan diayak)
60ml susu segar
1 st esen vanilla
20g serbuk koko
20ml air suam
secubit garam (tak perlu garam jika guna salted butter)

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek dengan sedikit mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak dan ketepikan.
2. Putar mentega dan ovallate sehingga rata, masukkan gula halus dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak masa untuk sebiji telur ialah 1 minit.
3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar hingga habis, masukkan esen vanilla, putar rata.
4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu dibiarkan kosong dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan air suam, gaul rata.
5. Sudukan adunan kosong berselang seli dengan adunan koko, buat hingga siap. Gunakan pisau atau chopstick, buat beberapa pusingan.
6. Bakar 50 - 60 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing-masing.

13 comments:

  1. Alahai...tetiba terigin lak;)

    nk buat ni kena ikut rajin..eheheeee,

    kalo tgah rajin, mlm2 pun on

    ReplyDelete
    Replies
    1. aine, mmg pun kena rajin kalau nak buat kek. kalau tak boleh rosak kek!

      Delete
  2. Salam Mala,singgah skejap intai2 kek marble tu..nampak cantek sangat,tentu lebih sedap jika digandingkan bersama secangkir teh o..nyum nyum nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam rahel - nanti mala bawak kan kek ke rumah rahel.

      Delete
    2. sedang menunggu kek marble ni..hehe..oh ya,tima kasih krn sudi follow dapur masakan Rahel..nanti kita follow dapur Mala.

      Delete
  3. nak balik kg mesti wat kek mable ni sb peminat ramai kat sana he he
    tp kan kalu dpt sepotong Mala punye ni...sedapnye he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai sgt kan buat buah tangan bagi mak ke,mak mertua ke ... kalau free mmg best hehehe

      Delete
  4. Alahai mala ghajennya nampak moist je kek marble tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tak buat kek...sebulan lebih dah. nak clearkan butter

      Delete
  5. salah satu kek pebret saya..tp yang ni nampak moist mesti sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba resepi ni. mm mosit dan gebu.

      Delete
  6. as-salam Mala
    suka tgk belang2nye tu..cantik!!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...