Thursday, February 16, 2012

satay d'rimba


kali ni kita promosi kedai makan milik keluarga abah daniel 
(mala babysit dari umur 2 bulan)


baru di buka bulan 12 thn lepas. keluarga abah daniel memang dah berpengalaman dalam perniagaan satay. kita dah rasa satay masa cuti raya cina hari tu. satay di sini ala minang sebab depa orang minang hehehehe.  memang sedap ada kelainan dari satay yang biasa kita makan. makan satay saja pun boleh kenyang sebab besaq-besaq daging dia!





untuk peminat ikan tilapia boleh pekena tilapia bakar. fresh dari kolam di dalam kawasan kedai makan tu jugak. selain tilapai depa bela keli jugak. ada jugak menu lain tapi masa pergi hari tu memang nak makan satay dan tilapia bakar.


kedai buka bermula pukul 5pm ke atas. bilik solat di sediakan. bagi yang berdekatan boleh la singgah dan cuba. elok sangat kalau lepas picnic kat air terjun pekena satay kat sini. kalau nak pergi ramai-ramai seeloknya booking la dulu.

Satay D'Rimba
Batu 23, Jalan Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor
(hanya 1 km dari simpang ke Air Terjun Gabai)

GPS Position  N3.1512 E101.9095

Untuk tempahan tempat duduk boleh hubungi no. di bawah 

Salmah (019-3095845) atau Mazri (019-6386162)

Untuk lihat lebih banyak gambar sila lawati FB Satay D Rimba

19 comments:

  1. Alahai, jauh nun mala...

    Insyaallah kalo berkesempatan 1 hr nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mana tau kan kot-kot ada rezeki ke hulu langat boleh la singgah

      Delete
  2. Ingatkan Mala nak belanja...he he he..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gulp! hehehe kalau kak cek pi ckp la "ai tau kedai ni dari mala, boleh bagi diskaun?" hahaha

      Delete
  3. lama tak mandi² kat gabai, nanti kalau ade peluang blh singgah sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini kira kali kedua mala pergi hulu langat, mmg best la kawasan ni. nyaman saja. kalau dpt beli tanah dan bina rumah kat sini, syok nya la ...

      Delete
  4. tempat ni saya lom pernah singgah lagi..baru bukan kan...nanti boleh la cuba.... sblm ni pun ada satu kedai ikan bakar, dalam utan gak tempatnyer...kat area gabai tu jugak...makan pun dalam pondok, pernah masuk JJCM

    ReplyDelete
  5. ni baru lagi CK. jumpa yang pondok tu dulu baru jumpa yang ni. mmg dalam sikit la nak masuk kawasan ni. elok sampai dalam kul 5pm. kang dah gelap susah pulak hehehe kalau mcm kita orang sesat memanjang ..

    ReplyDelete
  6. sedapnya ikan talapia tu. saya ni mmg penggemarnya. tapi jauh nor ke sg abai nun ye. teringat zaman2 belajo dulu. kelah kat sg gabai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali makan tilapia ni di fast food restoran Sugar Bun. set nasi. terus suka! restoran ni cuma ada di sebelah Srwk/Sbh/Brunei saja

      Delete
  7. selalu tau pg ulu langat tu utk mancing kat sukida.wah,lps ni blh lah sambil menyelam minum air.sambil pg mancing tu blh try kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh! minat mancing ya ... boleh la singgah kedai ni nanti.

      Delete
  8. Hem,memang jauh la..tapi klu berkesempatan jln2 ke kl rasanya bole singgah mkn satay...my febret ni.

    ReplyDelete
  9. salam mala..
    Alhamdulillah..sedap tgk satay..tu..kecur lak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam lyza, kalau ke ulu langat blh la singgah :-) paling mala suka satay perut!

      Delete
  10. satay perut saya tak pernah makan sedap tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satay perut kenyal-kenyal, nak explain tak pandai. Sedap rempah perap satay meresap. Tapi makan satay perut tak sekenyang satay ayam dan daging :-)

      Delete
    2. next time saya nak trylah..macam sedap jerk..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...