Sunday, September 9, 2012

strawberry butter cupcakes




cupcake ni mala baru buat tadi (sekarang kat oman dalam 11:15am wah! pagi-pagi dah bercupcake) untuk minum petang lepas balik sekolah dan juga bekal sekolah esok. kesian jugak kat budak-budak ni asyik snack dengan biskut kering saja kat sekolah ...

resepi dari mikelnaru

Bahan-bahan ( 12 cupcakes saiz sederhana )
100g butter
100g tepung naik sendiri
80g gula kaster
2 biji telur saiz sederhana ('B')
1/2 st esen vanila (ganti strawberry emulco)
cip strawberry untuk hiasan

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula kaster sehingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga kembang.
4. Akhir sekali masukkan esen vanila.
5. Sediakan papercup dalam loyang dan isikan 1/2 atau 3/4 penuh cawan kertas. Tabur dengan cip strawberry
6. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 15 minit.

Tips: Pada pertengahan masa membakar, loyang boleh dipusing / ditukar kedudukannya supaya bahagian atas cupcakes rata masaknya dan tidak kelihatan hangus. 

10 comments:

  1. wah sedapnya saya pengemar cup cake..tp yang strawbery ni belum pernah makan...nyum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja-saja tukar dengan strawberry emulco. budak2 mmg suka kalau perisa strawberry ni.

      Delete
  2. salam mala...tau dak pasal apa cupcake yg kak eni buat kdg2 lekang terkeluar dr paper cup lepas bakar...ada petua apa2 dak...

    satu lagi ..mcmana nak set komen box mcm mala...kita boleh reply dekat blogger yg komen satu2 mcm mala punya ni...duk try nak buat tapi tak tau...any idea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak eni,

      tak sure la pasai apa lekang. tapi mala ada jugak satu papercup ni mmg setiap kali kalau guna papercup tu mmg dia lekang. agaknya jenis kertas dia kot ?

      komen box ni mala tak dak buat apa2 pun. dia jadi sendiri lepas Blogger tukar baru dia punya page.

      Delete
  3. Dah mula buat bekal sekolah dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru seminggu sekolah aku dah pening ...

      la ni senang aku set utk lunch Sat, Mon & Wed = Roti. Sun & Tues = Nasi/Noodle/Pasta

      utk snack dok ulang biskut kering yg aku stok2 byk kat rmh. bila kena rajin dpt la bawak cupcake hahaha

      Delete
  4. Mala..canteknya strawberry cc tu...nak jugak 2 ketul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi rahel, first time guna strawberry emulco. sedap jugak. bdk2 suka.

      Delete
  5. weii pasaipa laaa hg jauuuuuuhhhhhhh di mataaaaaa hahahaaa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...