Monday, September 24, 2012

mufin pisang koko


mufin pisang untuk snek sekolah. resepi ringkas dan mudah nak buat. cuma godek-godek guna sudu kayu. coklat rice tak masuk dalam cuma tabur saja (nak sep bajet) susu tepung elek ganti serbuk koko.

since nak bekal sekolah tak dapat la nak hias dengna almond atau pun kekacang lain. sekolah orang putih ni pantang bawak benda berkacang pi sekolah. allergic. sekolah kita belasah saja ... :-)


resepi dari hanieliza

Bahan
140g mentega
1 cwn gula perang
2 biji telur
1 sk esen vanilla
2 cwn tepung gandum } satukan dan diayak
1 s/k baking powder }
2 sb susu tepung (ganti serbuk koko) }

1 cwn pisang - di lenyek

1/2 cwn coklat rice - hiasan


Cara-cara
1. Gaulkan mentega dengan gula sehingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayakkan.
4. Masukkan pisang lenyek. Kacau rata.
5. Masukkan dalam kertas mufin.cau lagi.
6. Hias dengan coklat rice.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan suhu 180C selama 25 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan atas redai dan hidangkan.

14 comments:

  1. cantiknya mufin pisang koko mala.pasti sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah anak2 suka, janji coklat

      Delete
  2. muffin pisang kiut miut camni kalau dapat makan memang tak hengat nye.... tambah2 kalau dapat masa panas2 lagi tu, aduhhh

    ReplyDelete
  3. amboiii Mala dah bermuffin pulak dah,confem sedap muffin macam ni yg ada koko segala ni kan,leh try nnti cup muffin berlambak belum guna heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. borong kat mana muffin cup tu? nasib baik tak b0leh basi cup tu ;-)

      Delete
  4. assalam mala
    ada muffin coklat disini sedappp sedap
    mesti suka anak2 bw g sekolah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam
      budak2 mmg bersemangat sikit la bila nmpk ada benda homemade yg boleh di bawak ke sekolah

      Delete
  5. Aslmkum Mala. muffin choc pasti anak2 sukakan..tambah letak pisang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 suka kalau ada choc & pisang ni. makan untuk minum petang dan bekal sekolah jugak utk esoknya.

      Delete
  6. Sedapnya mufin pisang tu...Rahel pernah gak guna resepi HAnieliza..tp yg steam punya mufin..enok woo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh! yg tu ada dalam buku hanieliza. ala ada beli buku tu yg kuih kukus.

      Delete
  7. Mala, thanks a trillion...sharing resepi yang best2. appreciated sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. mala selalu cuba resepi yg mudah dan ringkas saja mak wardah...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...