Tuesday, April 26, 2011

pandan and golden raisin roll



resepi asal adalah roti paun tapi telah diolah. di tambah perisa pandan dan golden raisin (kismis kuning). buat minum petang Sabtu lepas .... cicah Neslo :-)

resepi dari nekma

Bahan-bahan
1 sk yis (kalau nak cepat naik letak 2- 21/2 sudu kecil)
1 cwn air suam
½ cwn gula
½ cwn marjerin/mentega
½ cwn tepung gandum + di tambah sikit-sikit
sedikit minyak untuk dilenserkan diatas roti (I used margerine)

Bahan yang ditambah
pandan paste
golden raisin

Cara-cara
1. Air suam dicampurkan bersama yis dan biarkan seketika hingga larut.
2. Sediakan bekas besarmasukkan lebih kurang ½ cawan tepung gandum kedalamnya. Kemudian masukkan air suam yang bercampur yis tadi kedalam bekas yang berisi tepunggandum.
3. Masukkan pula gula dan kacau hingga gula hancur. Kemudian masukkan marjerin/mentega kedalamnya kacau sampai sebati.
4. Sesudah itu di letak sedikit demi sedikit tepung gandum dan di adun sampai boleh diuli. Jangan diisi terlalu banyak tepung takut jadi keras. Cuma agak-agak boleh diuli dengan tangan dan tidak melekat ditangan sahaja sehingga menjadi doh yg lembut. Masukkan sedikit pes panda dan juga raisin
5. Rehatkan doh sehingga ½ - 45 minit. Kemudian boleh dibentukkan dan di susun ke dalam loyang yang telah dilenser dengan marjerin.
6. Dibiarkan naik sehingga dua kali ganda lepas itu dilenserkan minyak/marjerin ke atas roti yang dah kembang kemudian dibakar dengan kepanasan 180C selama 10-15minit dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu.




6 comments:

  1. Salam Mala...

    leh mintak seketul ke roti tu...kaler hijau rasa pandan...confirm sedap ni...

    ReplyDelete
  2. NB - dah reduced suar ;-)
    CC - uish! habih dah kami pekena dgn Neslo hehehe

    ReplyDelete
  3. wah cheq suka ni bila la cheq nak start meroti

    ReplyDelete
  4. CM - letih la meroti, keluaq semua muscle! cheq nak redeem BM Cosway takdak stok!!

    ReplyDelete
  5. bestnya dpt mkn roti fresh dr oven....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...