best la kek ni ... suka tesktur dia yang agak padat tapi ringan dan gebu. nak buat pun senang. guna blender saja. gambar tak berapa nak clear. snap malam-malam guna ipad. kamera anak bawak pergi school trip.
resepi oleh kakfida
Bahan-bahan ( loyang 8 x8 / 9x9 )
2 1/2 cwn tepung naik sendiri (300g)
1 cwn susu segar (210g)
3/4 cwn susu pekat manis (200g)
1/2 cwn gula halus (60g)
1 cwn minyak masak
4 biji telur - A
1 sk esen vanilla
**mala tambah
pewarna pink
esen ros
Cara-cara
1. Ayak tepung ke dalam mangkuk.
2. Masukkan kesemua bahan yang lain ikut urutan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati.
3. Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi tepung dan whisk hingga sebati.
4. **Adunan dibahagikan dua dan di masukkan pewarna pink dan esen ros pada satu bahagian.
5. Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan dialas kertas. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 45 minit atau sehingga kek masak.
** Adunan boleh dibahagi dua dan bubuh serbuk koko pada satu bahagian.
** Atau dibahagi kepada beberapa bahagian, warnakan dan ditambah perasa ikut suka.
Kek kalau moisture memang sedap mala. Kakak lebih suka kek macam ini daripada yg ada cream.
ReplyDeletewah sedapnya....bila la nk cuba buat kek ni....
ReplyDeletewah dia dah buat kita M ya amat
ReplyDelete