Monday, December 16, 2013

oh! wahiba ... kami datang lagi

alhamdulillah kami berpeluang sekali lagi ke wahiba sands. perkhemahan satu malam kali ini sangat meriah dengan berkonvoi dalam 2 kumpulan kesemuanya 16 buah kereta, seramai 77 orang.

jamal yang sentiasa setia di wahiba menyambut kedatangan pengujung.
kesemua unta-unta di sini adalah milik orang tempatan. sekiranya terlanggar maka
bersedia lah untuk membayar beberapa ribu riyal oman kepada tuan punya.

setiap kali terpandang jamal (unta) pasti teruja. bagaimana haiwan yang pada mata kasar nampak
sungguh lonely ini mampu hidup di padang pasir yang gersang.

adam dengan gaya ala-ala camel trophy &
 pak arab mundar-mandir di padang pasir :-)

mendaki bukit pasir ini untuk ke kawasan perkhemahan. agak mencabar bagi yang pertama kali mencuba ...
kena naik satu-satu kereta. dah sampai atas baru kereta lain boleh naik.
kalau tersalah langkah kereta boleh ter-reverse  hentam kereta belakang.

pemandangan dari atas bukit pasir nampak kawasan perkhemahan yang agak berselerak.
kawasan yang kurang rata dan banyak rumput. khabarnya baru lepas hujan .

aksi anak-anak di padang pasir. tak ketinggalan mak bapa pun ikut panjat bukit pasir. sangat memenatkan.
semput wa cakap lu :-) budak-budak dengan selambanya boleh naik turun macam naik turun tangga rumah saja.

 cuaca malam tu sangat nyaman. ini kali pertama mala tidur lena semasa berkhemah. 
tidak ada khemah yang terbalik di tiup angin. pasir di sini sangat halus dan lembut. tidur pun sedap saja. 
 
tapi sesudah subuh, mula terasa dingin bila embun pagi makin turun ke bawah. mengikut ramalan cuaca suhu subuh sekitar 15C. sehinggakan bila bercakap pun keluar wap. seronok betul budak-budak main lawan sembur wap. nasib la kalau ada yang tak gosok gigi :-)

sehingga bertemu lagi wahai wahiba .... panjang umur kami mai lagi
in sha Allah

5 comments:

  1. camping kat desert...pengalaman menarik tu mala. tak de serangga merayap tu yang best. kalau kat malaysia, sure pacat, semut dan nyamuk teman sekali

    ReplyDelete
  2. bestnya mala.....berkhemah di tgh padang pasir. cantik sgt pemandangan! tak pernah lagi try sand dune...en husband bukan org yg suka outdoor sgt :(

    ReplyDelete
  3. Seronoknya... dpt tgk gambar pun dh terbayang rasanya... bertuah mala dapat menjejak lg kaki ke sana...

    ReplyDelete
  4. wahhh bestnyer kat tgh padang pasir...

    ReplyDelete
  5. One word.. BEST..
    Kami pun ada plan nak pi area Pak Jamal jugak during this winter.
    Tapi kena tunggu adik students abis exam.. seronok pi ngan dia orang.

    P/s;
    Yg betulnya sebab ada tukang jadi interpreter..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...