Thursday, June 7, 2012

kek pisang blended



dah lama tak buat kek. ada kot 2 bulan. ni yang pertama dari oman.

pergi carrefour beli pisang. cepat saja habis macam tak pernah makan pisang. dok esok tanya pisang ada lagi tak? mama kata dah habih nanti kita beli lagi.

the following week pi carrefour lagi dan beli pisang lagi. makan jugak tapi tinggal dua biji. tak sentuh-sentuh seminggu dok melangut dalam fridge sampai hitam legam. nampak gaya pisang ni dalam sehari dua nak kena masuk cik tong dah ni.

google resepi kek pisang blended. cari resepi yang guna minyak dan pengisar. yang senang nak buat la. keluar rahel punya resepi. apa lagi terus buat dapat 12 biji. gebu dan lembut! buat minum petang, bagi jiran 'bujang' 2 biji, aimi dan abah buat bekal sekolah dan office sorang sebijik.

resepi dari rahel

Bahan-bahan
150g pisang ranum*
180g minyak jagung*
3 biji telur gred B*
1 cwn gula kastor*
1 st esen vanilla* - I added
1 1/2 cwn tepung gandum }
1st baking powder }
1/4 st soda bikarbonat } disatukan dan diayak

Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada 160C selama 15minit.
2. Kisar bahan* sehingga halus selama 10 saat.
3. Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk.
4. Masukkan campuran tepung dan gaul rata.
5. Tuang ke dalam loyang dan bakar 160C selama 1jam atau sehingga masak.

mamat ni menyelit lagi ;-) 
budak ni posing saja lebih tapi makan separuh saja.

10 comments:

  1. best makan kek pisang size comel2 ni.selalu sangat dah makan yg jenis potong2

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja buat dlm papercup sebab bdk2 nak bawak gi sekolah

      Delete
  2. Selamat pagi Mala...
    wah..macam berjanji pulak kita..pagi ni pun Rahel buat kek pisang marble guna resepi ni...sedap kan..tenkiu geng kerana sudi mencuba dan panjangkan resepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi rahel, mmg sempoi resepi ni! thanks for sharing.

      Delete
  3. hahaha resepi yang sama dari dua oran gyg berlaian sifu dan murid hee dua2 pun nampka sedap cara tersendiri wahh srkg dah rajin adik ku Mala ni ya heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kebetulan la pulak kak noor. mmg sempoi resepi ni. senang nak buat. kalau di goreng jadi cekodok la ya ..

      Delete
  4. Orrraiit! Dah mula membaking... bawak bekal sebijik aje cukup ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha punya la malas huda oi! cukup sebijik utk 1st snack. lunch ada benda lain pulak. hasni pulak dah balik rmh lunch.

      Delete
  5. Kek pisang..anak2 tak berapa suka tapi maknya ni suka...jarang buat selalu beli jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak-mak selalu suka kek pisang ni. kalau letak serbuk koko mungkin anak2 lebih suka kot :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...