Friday, July 29, 2011

marble cheese brownies


another dessert I prepared for the bbq gathering with my neighours. 1st trial, comot tapi laku!


resepi dari rinnchan

Bahan-bahan

Lapisan Brownies
250g mentega
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *ayak bersama BP and SB
1 st baking powder
1 st soda bikarbonate
1 st esen vanilla

Cara-cara
1. Cairkan mentega. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan mentega dan koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175C. Alas loyang 10" x 10" dengan grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Lapisan Cream Cheese
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi mengguna api atas sahaja selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

.
.
.
.
ttfn
mala

4 comments:

  1. Mala...kak cek dtg bwk mapin lak ni...leh tuko ngan marble brownies kan...:D

    ReplyDelete
  2. as-salam mala
    amboi..dia buat marble cheese brownies..sedapnyer mala brownies tu..eemmm.....menggoda kalbu brownies tu.......dah terasa kat tekak ni...

    ReplyDelete
  3. salam mala..
    Lama x buat marbel cheese brownies ni..mmg sedapkan..Btw selamat menyambut bulan ramadan al-mubarak buat mala n famili ye..

    ReplyDelete
  4. wasalam ...

    cc - boleh sgt kala nk tukaq -tukaq ni

    ady - mmg tergoda brownies ni. telan seketoi nak telan lagi :-)

    lyza - slmt menyambut ramadhan juga ...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...