Wednesday, July 6, 2011

upside down pizza




semalam babysit off day sebab daniel pergi cucuk. sempat la buat upside down pizza ni untuk budak-budak.

ada nampak a few recipes but this one I find it eazy to follow with simple ingredients.

rupa macam sheperd pie pun ada. rasa dia nak kata pizza tak lah sangat more to lasagne

kesudahannya kenyang kami anak branak. alhamdulillah ...... tak tunggang terbalik semua masih normal ;-)

resepi dari cooks.com

Bahan-bahan inti
1 tray (250gm) daging cincang (atau ayam, hirisan sosej, seafood)
1 bawang bombay, cincang
1 ulas bawang putih, cincang
1 biji kecil cili benggala hijau, cincang
1 papan cendawan butang segar (atau ganti dengan 1 tin cendawan  butang)
1 tin sos spaghetti (Campbells - Prego Tomato, Selasih & Bawang Putih) 
1 paket (200gm) keju Mozzarella parut


Imej dari : http://vee.grocers.my/

Bancuhan tepung
2 telur, dipukul
1 cwn susu segar
1 sb minyak sayur
1 cwn tepung gandum
1/4 st garam


lapisan daging       


setelah di tabur keju
setelah di tuang bancuhan tepung

Cara-cara
1. Tumis daging cincang, bawang besar dan cendawan sehingga daging masak. Buang lebihan air dari daging dan masukkan bawang putih.
2. Tuangkan sos dan renehkan selama 10minit.
3. Tuang inti ke dalam loyang yang telah dilengser dan tabur separuh keju mozarella. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar pada 180C selama 10 minit atau sehingga keju cair.
4. Satukan telur, susu dan minyak di dalam satu bekas dan gaul sebati. Masukkan tepung dan garam dan sebatikan guna handwhisk sahaja.
5. Keluarkan inti dari oven dan tuang adunan tepung yang dibancuh tadi ke atas.
7. Taburkan separuh lagi keju (keju akan mendap kedalam adunan tepung) dan sambung bakar selama lebih kurang 30minit (atau pun tabur keju bila nampak doh dah kering sikit dan sambung bakar sampai keju cair)
.
.
.
.
ttfn
mala

6 comments:

  1. as-salam mala
    Look delicious ni mala... ni seakan-akan macam lasagna...sesekali makan western food ni sedap juga...

    ReplyDelete
  2. Salam mala....

    Tak kisahla kan upside down pizza ke ...janji sedap dimakan dan kenyang..alhamdulillah...tapi cam senang je buat dia kan...teringin gak kak cek nak try buat...masuk list lagi resepi....:)

    ReplyDelete
  3. boleh try ni...mesti budak budak suka....

    ReplyDelete
  4. wasalam,
    cc & eni - insyallah 'laku' ni!

    ReplyDelete
  5. kalu aku ni daniel, misti mrajuk hangpa kenuri piza time dia xdak.. hehe.. :P

    ReplyDelete
  6. azeeda - sabaq daniel lagi 2minggu blh mkn!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...