Monday, July 11, 2011

cheddar cheese muffin



memang gebu dan memang sedap!

resepi dari cmg

Bahan-bahan
90g mentega berkualiti tinggi (s.c.s @ anchor)
70g gula halus/kastor
110g tepung naik sendiri *
1 sb susu tepung* (*disatukan dan diayak)
1 biji telur gred A
1/2 st esen vanilla
1/2 cwn parutan keju cheddar, asingkan sedikit untuk ditabur
50 ml air

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas tin muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur dan putar hingga gebu.
3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan air, hingga habis, biasanya tepung terakhir sekali. Putar rata.
4. Tambah parutan keju cheddar dan esen vanilla, kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dalam muffin cup, tabur sedikit keju parut atasnya dan bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan sebelum dihidang.
.
.
.
.
ttfn
mala

4 comments:

  1. Emmmm....sedapnya....cheddar cheese muffin...

    Salam Mala....nanti mai amik award kat blog kak cek ek...:)

    ReplyDelete
  2. atas letak cheese tu buat sedap!

    ReplyDelete
  3. azeeda - tangkap! dah baling seketoi...

    cc - mmg sedap! tak nyesal cuba

    mamasya - letak byk bagi lemak2 masin, sedap....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...