Tuesday, July 26, 2011

cucur badak




pertama kali mencuba buat cucur badak.  udang tu sebenaqnya sekoq saja yang lekat (yang posing sorang-sorang tu) lagi tiga tak lekat. yang seterusnya langsung malaih nak letak ... hehehe

resepi dari quinnie


Bahan-bahan ( anggaran 16 biji )
500 gm ubi keledek (kuning lebih sedap dan cantik)
1 - 3/4 cawan tepung gandum (bergantung kepada kelembutan ubi yang direbus)
1/4 cawan tepung kanji


Cara-cara membuat doh
1. Rebus ubi sehingga empuk, angkat dan toskan, terus lecek-lecekkan ubi itu semasa masih panas.
2. Setelah ubi sejuk masukkan tepung sedikit demi sedikti dan gaul rata.


Bahan-bahan inti
1/3 biji kelapa parut
1 batang serai
2 sb udang kering
3 tangkai cili kering
sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sk sedikit air asam jawa
1 sudu gula
garam secukup rasa


tak dapat keledek kuning yang putih saja ada


Cara-cara membuat inti
1. Cili kering, bawang besar dan bawang putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
2. Campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. Gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.


Cara-cara penyediaan cucur badak
1. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. Selepas itu bulat-bulatkankan kembali supaya cantik.
2. Susun kueh yang telah siap atas dulang yang telah ditaburkan dengan tepung untuk elakkan dia melekat apabila diangkat nanti.
3. Setelah siap, goreng kuih dengan api sederhana. Selalu balik-balikkan kuih agar kuih masak sekata. Apabiila kekuningan bolehlah diangkat.
.
.
.
.
ttfn
mala

6 comments:

  1. cheq suka rcp ni kalau buat cuq keria pun guna rcp ni jugak ,cantik ar bulat2 je kuenya

    ReplyDelete
  2. as-salam mala
    tak pernah makan kuih cucur badak ni..npk sedap kuih ni...

    ReplyDelete
  3. besonya udang tu....patutlah tak lekat...tapi kalau wat sendiri pasti intinya sedap...

    ReplyDelete
  4. cm - peberet ni coq badak
    ady - aik! kat spore tak dak ka?
    naz - tu la cari udang halus tak jumpa ..

    ReplyDelete
  5. Mala...kak cek dtg nak tumpang makan cuk badak...air tgn Mala nya...kat sini ada jual...tak mau...nak Malal nya gak....kak cek suka...kak cek suka...:)

    ReplyDelete
  6. cc - ada lagi dok sejuk beku ... taruh emergency ramadhan nanti hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...