Thursday, July 28, 2011

pisang tanduk goreng rangup


oooo lalala terangkat betoi pisang goreng cicah cili kicap ni. kena pulak dengan teh O berpeluh satu badan!

selalunya kalau buat bancuhan tepung untuk pisan goreng guna cara mil . bahan-bahan sama saja macam resepi di bawah cuma menggunakan air kapur.

kapur kita simpan dalam bekas dan isi dengan air. bila dah beberapa hari kapur akan termendap di bahagian bawah. air yang jernih tu kita gunakan untuk bancuh tepung.

cara mil pulak sekadar meramas sehingga rata tepung-tepung, garam dan marjerin dan di tambah sikit-sikit air kapur sampai dapat kepekatan yang kita nak.

macam biasa pisang tanduk la ihsan mama daniel dari kebun di ulu langat.

resepi dari madiha

Bahan-bahan batter
400 ml air
220 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
100 gm marjerin
1 sk serbuk kunyit
1 ¼ sk garam

Cara-cara
1. Masukkan bahan-bahan batter ke dalam pengisar r ikut turutan di atas. Kisar sehingga batter sebati, rata dan halus. Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Pisang di potong serong lalu celupkan ke dalam batter. Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepung ke dalam kuali berhati-hati dengan menggunakan tangan.
3. Goreng pisang ke dua-dua belah sehingga keemasan. Angkat dan tos. Hidang di atas pinggan beralas paper towel dan hidang bersama cili kicap.


Cili kicap

Bahan-bahan
8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula
kicap manis secukupnya

Cara-cara
1. Tumbuk halus cili padi, bawang putih dan gula.
2. Campur kicap secukupnya.
3. Siap untuk dicicah bersama pisang goreng rangup.
.
.
.
.
ttfn
mala

8 comments:

  1. Menu minum ptg lak...best2...pisang goreng cecah sambal kicap...fuyoooo...cedapnya...leh akak joint ke..:)

    ReplyDelete
  2. wow...goreng pisang la....ada lagi ker..

    ReplyDelete
  3. cc & naz - mai la join pekena pisang goreng!

    ReplyDelete
  4. as-salam mala
    kat sini ada pisang goreng lah sedap pisang goreng tu..tapi ady lebih suka pisang nangka...

    ReplyDelete
  5. Cheq gian gian nk try kuih apam gula ha gus hang! Tgok brg2 cam sumer ada kat dapur hehe.
    Insyaallah :-) lepas tu cekodoq2 nasi hang!

    Hugs :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguih-baguih .. rajin2 mencuba ok!

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...