Friday, July 22, 2011

roti jala pandan dan kuah durian




resepi asal dan inspirasi dari chikmi banyak betoi koleksi roti jala chikmi !!

tapi di ubahsuai mengikut kerajin aku hari ni dan ambik kesempatan baby D zzzzzzzz .....

Bahan-bahan ( 4 - 6 orang )
2 cwn tepung gandum
2 cwn air *
6 helai daun pandan *
1 biji telur
1 sk garam halus

Cara-cara
1. Kisar air bersama daun pandan dan tapis.
2. Masukkan semula air pandan ke dalam pengisar bersama tepung, telur dan garam. Kisar sehingga sebati dan tapis.
3. Masukkan bancuhan ke dalam acuan roti jala.
4. Chikmi kata kalau nak jalaannya halus hanya masukkan 3/4 botol.



Kuah durian chikmi punya style plusminus mala punya style
durian - ramas-ramas saja
santan
gula merah
secubit garam
daun pandan - siat dan simpul

* 1 sb tepung gandum - optional

Cara cara
1. Masuk semua bahan dalam periuk dan masak sehingga gula hancur dan kacau sentiasa.
2. Sekiranya kuah terlalu cair, boleh masukkan sedikit bancuhan tepung gandum  ke dalam kuah. Masak sehingga pekat.


bancuhan kedua buat warna kuning saja sebab kuah satu periuk!

tapikan kami dulu mana makan kuah durian dengan roti jala ... kami cicah dengan roti benggali, Jalan Transfer mai!!

 
image from thestar

pon! pon! 
mamak roti mai dah!
siap ada buku 555 dengan mamak,
cukup bulan bayaq!

.
.
.
.
ttfn
mala

6 comments:

  1. Mala, Kjee pun buat serawa durian. tak tahu nak makan dengan apa. ingat nak buat roti jala tapi tak larat nak ke dapur. maybe tanak pulut jer kejap lagi.

    ReplyDelete
  2. mala nanti pick up award from my blog, please.

    ReplyDelete
  3. thank you kakjee! jap lagi saya gantung!

    ReplyDelete
  4. thanks you sis hehehe apa ghase?tp lani i tambah sebijik teloq ngan sedikit santan pekat jadi walaupun sejuk tak liat ,nnti i upload rcp baru

    ReplyDelete
  5. Mala.....kak cek nak rasa roti jala...yg kaler ijau tu...sedapnya...:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...