Friday, July 8, 2011
udang putih halus goreng pedas
sedapnya la udang ni panas, garing & pedas. sambil masak dok meratah! tapi mala buat rupa tak sama la dengan kakjee tapi rasa marvellous!
resepi dari kakjee
Bahan-bahan
500gm udang putih halus
segenggam cili api (kalau tak nak pedas sgt kurangkan)
2 labu bawang sederhana besar
3 ulas bawang putih
asam jawa
garam
gula
minyak
Cara-cara
1. Cuci udang sehingga bersih dan toskan. Kalau janggutnya panjang sangat kauplah dalam segenggam dan gunting. Buang. Buat sampai tak de janggut tinggal misai jer.
2. Tumbuk cili api sehingga halus. Kemudian tumbuk bawang berserta bawang putih.
3. Panaskan kuali. bubuh kira dua atau tiga sudu minyak dan tumis bahan tumbuk sampai setengah garing.
4. Masukkan sedikit air asam jawa dan udang, garam dan gula.
5. Goreng sehingga udang betul-betul garing dan ranggup.
Nota kakjee: Sekiranya menggunakan cili api warna hijau maka lauk tu warna hijau lebam. Kalau guna cipi api merah, cantiklah merahnya. Kalau tak suka pedas, boleh guna cili merah atau cili hidup.
.
.
.
.
ttfn
mala
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mala...
ReplyDeleteSedapnya kalau dapat ratah udang pedas ni....nyum..nyum...:)
bestnya mala buat. lama dah kjee tak buat. nanti nak pergi cari udang ni lagi. sedap ratah kan? hehehe
ReplyDeleteweh mana nk tau misai ka janggut????
ReplyDelete