Friday, July 15, 2011
cekodoq cempedak
alhamdulillah, cempedak ihsan dari mama daniel. hasil pertama dari pokok di kebun. isi tak berapa tebal. lenyek-lenyek isi dia kita buat cekodoq. tapi macam biasala tak reti nak buat bulat-bulat. guna sudu makan, bentuk cekodok pun macam sudu juga...
resepi dari hasue
Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum
2 sb marjerin
1 sb gula
1 sk garam
sedikit pewarna kuning
2 cwn air
isi cempedak yang masak ranum
Cara-cara
1. Satukan tepung gandum, marjerin, gula,garam di dalam bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dkacau rata mggunakan whisk dan warnakan kuning.
3.Leraikan isi buah cempedak dan masukkan ke dalam adunan tepung.
4. Panaskan minyak di dalam kuali, sudukan buah yang sudah tersalut tepung sepenuhnya dan goreng dengan minyak yang panas sehingga sedikit keperangan.
Tips: Ketika menggoreng, JANGAN gunakan api yang terlalu perlahan kerana ia akan membuatkan kuih menyerap minyak dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.
.
.
.
.
ttfn
mala
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as-salam mala
ReplyDeleteni lagi sedap.. pagi2 mkn cekodoq cempedak dgn kopi panas..
wasalam ady - kalau dpt durian lagi sempoi!!
ReplyDeletemala...
ReplyDeletekak cek dtg ni...lama dah tunggu kat depan pintu ni...org dtg nak makan cekodok cempedak...haus dah ni...he he..:)
Oh! cheq dok ada kat dapoq bacuh kopi O... mai minum!
ReplyDeleteoo....sukanya bau cempedak yang wangi tu...
ReplyDelete