Wednesday, March 23, 2011

pohpia horlicks




Bahan-bahan
1 paket besar popia
lidi sate untuk menggulung
1 sudu tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam) atau telur
minyak untuk menggoreng

Bahan salut - disatukan dan gaul rata
1/2 cwn horlicks biasa (atau nestum yang di kisar halus)
1/2 cwn gula aising
1 cwn susu tepung (ie Nespray/Everyday)

Cara-cara
1. Gulung popia menggunakan lidi sate. JANGAN ditekan kulit pohpia semasa proses menggulung kerana hasilnya akan keras. Tinggalkan dalam 1-2cm untuk gamkan dengan tepung/telur. Keluarkan lidi sate. Buat sehingga habis kulit popia.
2. Simpan kulit popia yang telah siap di gulung di dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab supaya tidak kering. Jika tidak susah hendak gunting.
3. Gunting serong kult pohpia yang telah siap di gulung tadi jarak 1-2cm.
4. Goreng dengan api perlahan/kecil. Apabila kulit mula garing (tapi masih warna putih), baru di kacau supaya warna sekata. Bila dah mula keemasan hendak lah sentiasa dibalik-balikkan untuk mendapat warna yang sekata.
7. Selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel dan sejukkan sebentar.
8. Apabila kulit pohpia agak suam-sejuk masukkan ke dalam bekas yang besar. Gaulkan dengan bahan salut sehingga rata. JANGAN di gaul semasa masih panas kerana bahan salut akan melekit atau semasa terlalu sejuk; bahan salut tidak melekat pada kulit pohpia.
9. Simpan pohpia di dalam bekas kedap udara.





3 comments:

  1. slm mala :)
    opismetku ade bg makan krepek popiah cenni gak hr tu tp perisa nestum.. sedap sgt!

    ReplyDelete
  2. salam mala..
    Lama x dh suara..byk menu sedap dh terlepas..pohpia horlick nampak sedap n rangup..masuk list nih simpan utk raya..hehe

    ReplyDelete
  3. wassalam Azeeda & Lyza
    mmg sedap & simple ja snack ni. cuma nak menggulung tu yang ada malas sikit. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...