Friday, March 25, 2011
apam labu
resepi dari ummizahaidi
resepi asal apam keledek dari mamawandiha
Bahan A
3 sb tepung gandum
2 st yis segera
1 st gula kastor
3 sb air suam
Bahan B
240 gm labu (dikukus/rebus)
150 gm gula kastor
1 biji telur
150 ml santan pekat
Bahan C (ayak bersama)
200 gm tepung gandum
1 st double action baking powder (ganti dengan 1 1/2 st baking powder)
Cara Membuat
1. Satukan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
2. Satukan bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang telah dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan pula bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Tutup mangkuk adunan dan rehatkan adunan sehingga 1 jam
5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (selama 15 - 18 minit).
6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hang mmg suke apam kan.. :)
ReplyDeleteteringat kt arwah bondeku kalo tgk apam gebu2 ni.. al Fatihah..
hahaha ... apam senang jgk nak buat. saja la aku show off skill x seberapa ni iaitu mengApam
ReplyDeleteaku bedal saja apa yg ada .. :-)
Al Fatihah untuk arwah...
salam mala..
ReplyDeleteLyza pon suka apam sebab lembut je kan..nk cuba gk nnt nih..
Btw tqvm mala..8-)
wasalam - sedap apam ni Lyza .. blh cuba. welcome :-)
ReplyDelete