Wednesday, March 9, 2011

donut mini







resepi dari ummizaihadi


Bahan-bahan
200 gm tepung roti
20 gm gula
1/2 tsp garam
1 tsp yis kering
140 ml susu segar
20 gm mentega
minyak masak untuk menggoreng
gula aising - untuk tabur

Cara -cara
1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Buat lubang di tengah dan masukkan susu dan yis. Gaul lagi menggunakan sudip plastik.
3. Masukkan pula mentega, gaul dengan tangan hingga sebati.
4. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. (Sesekali bolehlah ditabur sedikit tepung jika terlalu lembik)
5. Buatkan bentuk bulat. Masukkan ke dalam mangkuk adunan semula dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembab. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
6. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
7. Canai doh setebal 15 cm di atas papan canai dengan penggelek dan terap dengan terapan donut kecil (mini). 

8. Susun di atas dulang dan rehatkan doh sebentar hingga naik 1 1/2 kali ganda lagi.
9. Panaskan minyak, goreng di atas api sederhana hingga keperangan kedua-dua bahagian.
10. Angkat dan toskan di atas kitchen towel. Biarkan donut betul-betul sejuk sebelum di salut gula aising.







3 comments:

  1. wasalam. tq for visiting ..

    ReplyDelete
  2. salam mala...tq follow....kak eni follow dan linkkan ya...esp utk org Bertam

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...