Wednesday, March 16, 2011

kek kukus alwani



resepi dari dayangjack

Bahan-bahan ( loyang 6 inci / 5" x 9" inci )
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan horlicks (original)
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus
200 gm marjerin
1/3 cawan susu pekat manis
1/3 cawan kismis hitam (ganti dengan hawflakes)
1 sdt esen vanilla
sedikit pewarna oren, hijau dan merah
 
Cara-cara
1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung.
2. Jika menggunakan kismis, gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
3. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
4. Pukul marjerin dengan gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
5. Masukkan susu pekat dan putar lagi. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
6. Masukkan esen vanilla. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, kuning dan hijau.
7. Tuangkan adunan merah ke dalam loyang terlebih dahulu, dan susunkan hawflakes atau taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit. 
8. Ulangi langkah 7 untuk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit. 
9. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus selama 1 jam atau sehingga ia masak. Setelah masak, sejukkan sebelum dipotong. 

***pastikan air di dlm pengukus diperiksa semasa proses mengukus. Jika hampir kering, tambah dengan air panas.

Resepi asal adalah kek lapis tetapi disebabkan sedikit masalah teknikal kek ini telah di marblekan ;-)





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...